sahabat

Saturday, July 24, 2010

:: Bila Nafsu Mengatasi Akal::



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi 
Maha Penyayang.
 Selawat dan junjungan kasih  buat baginda Rasulullah saw.

 Firman Allah

"Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya
 mereka menundukkan pandangan mereka,
 dan menjaga kemaluan mereka" (An-Nur:30).

Pandangan yang tidak terjaga dan nafsu
 yang mengatasi akal adalah punca
 utama kes anak luar nikah
 kini bagai tiada titik penghujung. 
Angkara siapa lagi kalau bukan wanita yang tidak
 menutup
 aurat mengikut syariat islam. 
Setiap lelaki dikurniakan sepasang mata untuk melihat 
pemandangan yang cantik,
 ciptaan Allah yang tersusun rapi dan bunga yang
 telah menjadi miliknya.
 Tetapi, 
pada hari ini  pandangan mereka telah 
tidak terbatas kerana ramai dalam
 kalangan mereka (wanita) tidak lagi 
menjaga hak-hak asasi yang dikurniakan
 oleh Allah buat mereka. Maka disinilah tercetusnya 
pasangan-pasangan haram serta zuriat-zuriat  yang tidak bernasab.

      
Kelahiran anak luar nikah pada hari ini 
tidak terkira lagi, jika kita lihat tarikh
 akhbar 29 jun
 yang lalu ada menyatakan 81000 jumlah anak luar nikah
 berdaftar di Ipoh.
 Bagaimanakah nasib anak-anak yang tidak berdosa ini. 
Saat romantis pasangan haram inilah
 penyebab lahirnya zuriat suci ini, apabila 
nafsu menguasai diri, maka jasad menjadi alat 
menuju kebinasaan. 
Selepas semua berakhir,
 baru tersedar dan mula menginsafi, 
tiada guna nya jika menyesal di kemudian
 hari kerana anak itu tetap diberi nyawa. 

Mengapa perlu menyesal di kemudian hari??


Boleh dikatakan setiap hari di 
dalam akhbar menyiarkan kes-kes
 anak luar  nikah, penyudahannya sangat menyedihkan,
 wajah-wajah suci itu ditinggalkan di tempat-tempat 
yang busuk, kotor.
 Hanya terdengar tangisan sayu anak itu.
 Langsung tidak terdetik rasa kasihan insan
 yang membuang anak itu. 
Bagi yang berfikiran normal
 pasti mengalir airmata melihat nasib anak itu.
 Adakah si ibu itu rasa tenang selepas itu?? 
Pasti dan pasti sejarah hari itu 
menghantui si ibu sehingga ke akhir hayat.



Alam remaja adalah alam yang sangat 
mencabar kerana pada masa ini  mereka 
mula membesar dan mengenal erti kebebasan
 dan keseronokkan. Walaupun mereka mengaku 
dari sekolah agama, tetapi semua itu tidak lagi menjadi 
pengukur dalam masalah 
sosial pada masa ini. 
Ada sesetengah
 remaja yang tahu batas-batas aurat, 
tetapi mereka tidak mengaplikasikan hal itu, 
malah memberi alasan dunia sekarang 
tidak sama dengan dahulu.
 Bukankah ajaran islam bersifat 
berterusan tanpa mengikut aliran zaman. 
Inilah persepsi masyarakat kini, 


Bila berbicara tentang isu anak luar nikah, 
pastinya semua jari menunding 
ke arah wanita. 
Mengapa?? 

Ini tidak adil bagi kaum wanita
 kerana tanpa lelaki isu ini tidak menjadi. 
Hal inilah yang kaum wanita 
tidak menyedari kerana mereka (wanita)  
para lelaki tidak mampu lagi menahan nafsu. 
Isu berpakaian adalah perkara paling utama 
untuk di bahaskan dalam membanteras gejala
 sosial kelahiran anak haram. Islam mengajar 
supaya wanita-wanita memelihara auratnya
 kerana untuk mengelak daripada fitnah dunia. 
Lelaki tidak bersalah 
dalam hal ini, mereka juga manusia biasa
 yang mempunyai 1 nafsu khusus kepada 
wanita. Jadi,
 para lelaki telah meraikan fitrah
 kejadian mereka, maka
 wanita yang tidak menutup aurat 
dengan baik menjadi penyebab
 pandangan lelaki  terpesong. 
 Hal ini telah membuktikan pepatah melayu
 “ dari mata jatuh ke hati” 
bila hati mula dikuasai, maka nafsu tidak 
 terkawal lagi kerana pada saat
 itu nafsu kita dibelai dengan
 bisikan syaitan.

Firman Allah:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan 
 mukmin, supaya 
mereka menundukkan pandangan 
mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan 
tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali
 apa yang nampak daripadanya;
Dan hendaklah mereka meletakkan penudung 
(mantel) mereka pada dada mereka,
 dan tidak menampakkan perhiasan 
mereka kecuali kepada suami mereka, 
 atau bapa mereka, atau bapa
 suami mereka, atau anak lelaki mereka, 
atau anak lelaki suami mereka, 
atau saudara lelaki mereka, 
atau anak lelaki saudara lelaki mereka, 
atau anak lelaki saudara perempuan mereka, 
atau perempuan mereka, atau apa yang 
tangan kanan mereka memiliki 
(hamba daripada rampasan perang),
Atau lelaki yang melayan mereka yang
 tanpa mempunyai keinginan seks, 
atau kanak-kanak kecil yang belum
 mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan" 
(An-Nur:31).


MENCARI YANG HALAL 1 KEFARDHUAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...