sahabat

Tuesday, January 15, 2013

Bacaan Hati

Bismillah

Hari demi hari
satu per satu Allah nak bagi pelajaran
dan pelajaran paling sukar adalah
untuk menerima baik suatu kegagalan,

tenang....
dengan memandang sebuah kegagalan
sebagai satu kejayaan
paling kurang, ada percubaan,
bukan hanya berdiam tanpa ada usaha.
kerana di setiap percubaan ada kejayaan

sesekali kejian itu lebih bermakna daripada pujian.
kita manusia tak pernah kenal kelicikan syaitan
yang tak pernah putus asa merosakkan makhluk Allah


semakin tinggi layang2...semakin kuat angin bertiupan
dan semakin berpotensi untuk terputus talinya
hanya tali yang kuat dan kukuh
mampu mengekalkan status ia sebagai
satu layang-layang

**********************

CahayaImtiyaz
chem school USM


Monday, January 7, 2013

Indahkan Suasana

Bismillah

sesuatu yang indah pasti dari Allah Maha Sempurna.
itulah lukisan alam, yang sememangnya tenang.

Menghidupkan pagi hujung minggu, 
membahagiakan hati..Alhamdulillah.

cukup tenang bila dapat
berjalan sambil memerhatikan
keindahan ciptaan Allah yang menghijau dan menyejukkan


ucapan yang baik akan menghasilkan tindakan yang baik
kata2 yang soleh, akan membuahkan akhlak yang cantik

hakikat menuju redha Allah
harus tegar dan senyum dengan segala apa dugaan
insha Allah

semoga Allah terus beri kekuatan pada aku
untuk meneruskan pengajian disini.

Indahkan suasana hati
pasti bahagia menjadi penyeri

insha Allah
akan cuba manfaatkan masa sebaik nya
akan cuba manfaat kan sahabat yang ada
dan
akan cuba bahagi masa untuk diri dan keluarga.

****

Lab 211
Sch Chem USM
  





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...