Rasulullah dan para sahabat telah mengambil
beberapa langkah bagi mempertahan aqidah
yang masih tidak mempunyai negara yang menganutnya.
Di antaranya ialah bersabar dan bersembahyang.
Mereka melaksanakan firman Allah :
“ Mintalah pertolongan dengan
sabar dan sembahyang” ( Al-Baqarah : 45).
Seperti mana perintah Allah kepada ummat terdahulu
ketika menghadapi tekanan Firaun laknatullah,
lalu Rasulullah melaksanakannya
seperti yang diriwayatkan
oleh al-Imam Ahmad Rahimahullah
dari Aisyah r.a katanya :
“ sesungguhnya Allah pada awal surah al-Muzammil,
lalu Rasulullah dan para sahabat menunaikannya
sehingga berbekas pada kaki mereka.
Kemudian Allah meringankan kepada mereka pada
akhir surah lalu qiamullail itu menjadi sunat”.
Di zaman islam menghadapi tekanan yang dahsyat,
qiamullail menjadi satu tarbiyyah
yang mendalam dan berkesan,
agar menjadi iltizam kepada perintah Allah. Perkara ini di nyatakan
dalam firman Allah :
“Hai orang berselimut, bangunlah untuk bersembahyang di malam hari,
kecuali sebahagian kecil, iaitu separuhnya atau kurang sedikit dari itu,
atau lebih dari seperdua,
dan bacalah Al-Quran itu
dengan perlahan-lahan. Sesunggunhnya kami
akan menurunkan perkataan
yang berat kepadamu,
sungguh bangun malam itu lebih kuat dan lebih berkesan.
Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk
dengan urusan yang panjang” (Al-Muzammil 1-7)
Perintah Allah bukanlah menyiksakan hambaNya
yang menghadapi tekanan, tetapi mempunyai hikmah yang besar
bagi mengeratkan hubungan dengan Allah
dengan penuh tekun dan lebih berharap
kepada pertolongan
Allah dan bertawakkal kepada Nya.
Maka ringanlah segala tekanan dan penindasan.
Bahkan lebih bersedia untuk menemui Allah,
yang membawa kepada kekuatan sabar
dan memandang kecil kepada musuh yang besar.
Kesulitan, masalah dan kesempitan akan
menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba,
sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah.
“Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,
mereka berkata :
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah
dan kepada-Nyalah kami kembali.”
(Al-Baqarah : 156)
(Al-Baqarah : 156)
.:Barakallhu fikum:.
No comments:
Post a Comment