Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang.
Selawat dan junjungan kasih buat baginda Rasulullah saw.
Firman Allah
"Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya
mereka menundukkan pandangan mereka,
dan menjaga kemaluan mereka" (An-Nur:30).
Pandangan yang tidak terjaga dan nafsu
yang mengatasi akal adalah punca
utama kes anak luar nikah
kini bagai tiada titik penghujung.
Angkara siapa lagi kalau bukan wanita yang tidak
menutup
aurat mengikut syariat islam.
Setiap lelaki dikurniakan sepasang mata untuk melihat
pemandangan yang cantik,
ciptaan Allah yang tersusun rapi dan bunga yang
telah menjadi miliknya.
Tetapi,
pada hari ini pandangan mereka telah
tidak terbatas kerana ramai dalam
kalangan mereka (wanita) tidak lagi
menjaga hak-hak asasi yang dikurniakan
oleh Allah buat mereka. Maka disinilah tercetusnya
pasangan-pasangan haram serta zuriat-zuriat yang tidak bernasab.
Kelahiran anak luar nikah pada hari ini
tidak terkira lagi, jika kita lihat tarikh
akhbar 29 jun
yang lalu ada menyatakan 81000 jumlah anak luar nikah
berdaftar di Ipoh.
Bagaimanakah nasib anak-anak yang tidak berdosa ini.
Saat romantis pasangan haram inilah
penyebab lahirnya zuriat suci ini, apabila
nafsu menguasai diri, maka jasad menjadi alat
menuju kebinasaan.
Selepas semua berakhir,
baru tersedar dan mula menginsafi,
tiada guna nya jika menyesal di kemudian
hari kerana anak itu tetap diberi nyawa.
Mengapa perlu menyesal di kemudian hari??
Boleh dikatakan setiap hari di
dalam akhbar menyiarkan kes-kes
anak luar nikah, penyudahannya sangat menyedihkan,
wajah-wajah suci itu ditinggalkan di tempat-tempat
yang busuk, kotor.
Hanya terdengar tangisan sayu anak itu.
Langsung tidak terdetik rasa kasihan insan
yang membuang anak itu.
Bagi yang berfikiran normal
pasti mengalir airmata melihat nasib anak itu.
Adakah si ibu itu rasa tenang selepas itu??
Pasti dan pasti sejarah hari itu
menghantui si ibu sehingga ke akhir hayat.
Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar kerana pada masa ini mereka mula membesar dan mengenal erti kebebasan dan keseronokkan. Walaupun mereka mengaku dari sekolah agama, tetapi semua itu tidak lagi menjadi pengukur dalam masalah sosial pada masa ini. Ada sesetengah remaja yang tahu batas-batas aurat, tetapi mereka tidak mengaplikasikan hal itu, malah memberi alasan dunia sekarang tidak sama dengan dahulu. Bukankah ajaran islam bersifat berterusan tanpa mengikut aliran zaman. Inilah persepsi masyarakat kini, Bila berbicara tentang isu anak luar nikah, pastinya semua jari menunding ke arah wanita. Mengapa?? Ini tidak adil bagi kaum wanita kerana tanpa lelaki isu ini tidak menjadi. Hal inilah yang kaum wanita tidak menyedari kerana mereka (wanita) para lelaki tidak mampu lagi menahan nafsu. Isu berpakaian adalah perkara paling utama untuk di bahaskan dalam membanteras gejala sosial kelahiran anak haram. Islam mengajar supaya wanita-wanita memelihara auratnya kerana untuk mengelak daripada fitnah dunia. Lelaki tidak bersalah dalam hal ini, mereka juga manusia biasa yang mempunyai 1 nafsu khusus kepada wanita. Jadi, para lelaki telah meraikan fitrah kejadian mereka, maka wanita yang tidak menutup aurat dengan baik menjadi penyebab pandangan lelaki terpesong. Hal ini telah membuktikan pepatah melayu “ dari mata jatuh ke hati” bila hati mula dikuasai, maka nafsu tidak terkawal lagi kerana pada saat itu nafsu kita dibelai dengan bisikan syaitan. Firman Allah: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; Dan hendaklah mereka meletakkan penudung (mantel) mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang), Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan" (An-Nur:31). MENCARI YANG HALAL 1 KEFARDHUAN |
2 comments:
nice work, do keep it up
"mencari yang halal itu satu kefardhuan"
~setuju2~
Post a Comment