Alhamdulillah pada 29/4/11 12pm berkesempatan menghadiri
Tazkirah Jumaat di Masjid Usm yang
disampaikan oleh
Pendakwah Indonesia KH Abdullah Gymnastiar.
Beliau merupakan Pembicara Tamu Astro Oasis.
Tazkirah tentang HATI
syukur....
walau dalam masa 1 jam,
saya beroleh manfaat. Semasa tazkirah
disampaikan suasana begitu
tenang dan hujan rahmat jumaat.
Alhamdulillah
Setelah tiba di masjid, kelihatan ramai kaum muslimin,
hati bertanya, kenapa tak nampak muslimat lagi??
Terasa segan seketika kerana
hari jumaat waktu sebegini, masjid dibanjiri muslimin.
Terdetik dalam hati utk
berpatah balik pulang ke bilik.
Bermain tarik tali dgn Allah,
dah sampai mahu patah balik pula..syaitan2....
tak jemu menghasut,
semoga Allah tetapkan hati kita dalam urusan Tazkiyah al-Nafs.
Akhirnya dengan sedikit semangat yang ada,
langkah kaki bermula dengan penuh keyakinan....
Berkisahkan tentang hati manusia.
Utk memastikan hati bersih hendaklah
yakin dgn Allah dalam setiap urusan.
Ini dikatakan adakah betul2 kita serah semua perkara kepada Allah,
atau masih tidak yakin dgn janji Allah.
Dan ahli syurga itu adalah orang yg bersih hatinya.
Antara punca penyakit hati ialah cinta kepada dunia,
sbg contoh jika barang yang kita sayang telah rosak,
kita rasa sangat sedih, kecewa.
Kenapa bersedih...
kita akan redha jika kita tahu semua yang
ada pada kita adalah dunia semata.
Jom semai cinta sebenar kepada Allah tanpa ada rasa sedikti pun
dunia di HATI.
::Cara-cara bersihkan hati ::
TEKAD dengan niat utk mendapat hati yang bersih..
TAUBAT selalu dan setiap hari..
THINK of jauh maksiat..
TINGKAT kan taat kpd Allah..
TEBAL kan manfaat masa lapang, umur..
Serba sedikit yang dapat disalin semasa tazkirah utk
saya berkongsi dgn semua.
::Nur Imtiyaz 6 Mei 2011::
No comments:
Post a Comment