Bismillah....
-Berkata Imam Hatim Al-Asam -
kepada
-Imam As-Syaqiq Al-Balkhi -
Sesungguhnya aku telah melihat semua makhluk di dunia dan
aku mendapati setiap makhluk ini mesti ada sesuatu yang dikasihinya.
Aku melihat pula ada sebahagian makhluk yang mempunyai kekasih hanya
menemani kekasihnya semasa sakit sahaja dan jika dipanggil Allah
dia cuma menghantar kekasih nya itu sehingga ke kubur sahaja
Dia tak mahu bersama kekasihnya di dalam kubur. dia akan
membiarkan kekasihnya tinggal seorang diri di dalam kubur.
Lalu aku terus berfikir dan akhirnya aku membuat kesimpulan
bahawa
sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih yang setia
bersama sehingga ke dalam kubur sekalipun dan terus menjadi penghibur dan teman setia
Dan tidak ada kekasih yang bersedia untuk berbuat demikian
selain daripada amalan yang soleh.
Maka aku terus menjadikan amalan soleh ini
sebagai teman dan kekasihku
Supaya
ia dapat menerangi kuburku dan menghiburkan hatiku
dan sudah pasti ia tidak akan meninggalkan aku
duduk bersendirian.
No comments:
Post a Comment