Dengan Nama Allah
Maha Pemurah Maha Penyayang
Bakat sahaja tidak memadai.
berapa ramai orang yang berbakat tetapi tidak pandai menguruskan bakatnya
berapa ramai juga orang yang penat lelah mengasah bakat yang tidak penting.
malah, ramai juga manusia yang menyanjung tinggi bakat yang dimiliki insan lain
yang sebenarnya tidak mengandungi apa-apa erti pada nilaian Allah
Tetapi,
sedarkah kita, terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan tanpa bakat?
Islam sebagai cara hidup mengajar kita banyak perkara positif yang perlu
diserapkan dalam kehidupan harian kita
Antara perkara yang tidak memerlukan bakat bagi melakukannya
seperti menuruti perintah Allah dan meninggalkan laranganNya
Semua ini tidak perlu dipersoalkan sama ada kita mempunyai bakat atau tidak.
apa yang perlu ialah
Ilmu dan Mahu
Jadi, untuk menjadi manusia yang hebat,
memadai berilmu dan mahu mengamalkan ilmu tersebut
Tidak perlu difokuskan perhatian dan tumpuan kepada mencari bakat yang lain
daripada yang lain dan bersusah payah mengasahnya pula
Begitu juga solat subuh
perlukah bakat untuk mampu bangun?
jawapan nya tidak !
jika jiwa masih belum mampu mematahkan segala halangan untuk bangun solat subuh,
galilah fadhilat bangun awal dan solat subuh,
seterusnya
gunakan kuasa mahu untuk merealisasikannya.
Semoga keberkatan awal pagi mengiringi jam2 berikutnya dalam diari harian
seorang mukmin
Solusi 36
1 comment:
carilah keberkatan dalam setiap urusan..
p/s : da foll0w cny..salam ukhuwah..
~ sharing is caring..(^_~) ~
Post a Comment