Dengan Nama Allah
Setiap hari kita adalah yang terbaik dan sentiasa juara
dalam apa sekalipun yang kita lakukan.
walaupun tidak berhasil, itu satu kejayaan...kejayaan dalam mencuba
ada usaha itu lebih baik dari tiada langsung !
sahabat pernah berkata
hidup ini kalau boleh jangan pernah sebut perkataan 'bosan'
sebab
orang yang selalu cakap bosan ni, adalah orang yang tidak mensyukuri
dengan nikmat masa dan umur !
hakikat masa/umur itu adalah dari Allah
satu anugerah besar buat hamba2Nya.
tapi ada pula yang sering kata bosan dan bosan
sedangkan banyak lagi perkara manfaat yang boleh kita buat
untuk pembangunan diri, sahabat, masyarakat, serta umat islam seluruhnya ^^
jadi, oleh itu...hendaklah setiap hari kita...fikirkan
apa sumbangan kita hari ini untuk islam?
atau
untuk saudara2 kita di sana dan sini
atau
untuk keluarga/kawan2/jiran terdekat
atau
sesiapa sahaja yang ada depan mata kita
bukan kah memberi itu lebih 'bahagia' daripada menerima?
Selagi ada masa, selagi itulah peluang kita untuk berubah
kepada yang lebih positif !
dalam meneruskan amanah kita sebagai seorang muslim
setiap hari , tanya pada diri
apa sumbangan kita hari ini untuk agama islam khususnya
benarkan bersama-sama
Jihad Fisabilillah
No comments:
Post a Comment