sahabat

Wednesday, December 22, 2010

::PASTIKAN::




Jika dirinya wanita PASTIKAN auratnya dijaga
Jika dirinya lelaki PASTIKAN  soleh mejadi Idaman
Jika dirinya Bapa PASTIKAN cari nafkah halal
Jika dirinya Ibu PASTIKAN didikan anak  baik
Jika dirinya anak PASTIKAN hormati ayah ibu
Jika dirinya Suami PASTIKAN sayangi isteri
Jika dirinya Isteri PASTIKAN hormati suami

Jika ada waktu lapang PASTIKAN diisi dengan manfaat
Jika ada rezeki lebih PASTIKAN infaq ke jalan Allah
Jika ada kesihatan baik PASTIKAN ibadah didahulukan
Jika ada sahabat PASTIKAN hargai sahabat
Jika ada peluang kerja PASTIKAN kerja baik
Jika ada tawaran lumayan PASTIKAN sumber halal


Jika mahu makan di restoran PASTIKAN restoran halal
Jika ingin membeli belah PASTIKAN aliran duit kepada orang islam
Jika diberi pilihan PASTIKAN yang penting diutamakan
Jika dilamar orang baik PASTIKAN lamaran diterima
Jika bermuamalat PASTIKAN hormati sesama lain
Jika membaca al-Quran PASTIKAN faham isinya
Jika dengar khutbah PASTIKAN tidak bersembang
Jika mahu solat PASTIKAN bersuci dahulu

Jika ada kuliah/kelas PASTIKAN tidak ponteng
Jika sangat sibuk PASTIKAN tidak leka
Jika terlalu gembira PASTIKAN ingat Allah
Jika terima tetamu PASTIKAN layanan baik
Jika ingin bercinta PASTIKAN nikah dahulu
Jika diberi ujian PASTIKAN doa sentiasa

Jika anda manusia PASTIKAN anda ada matlamat hidup
..::Nur Imtiyaz::..
12 DISEMBER 2010

::Tenang Dengan Ketentuan Allah::

Tuesday, December 14, 2010

::KoMuNikaSi::

Dengan Nama Allah..
nanti kerja carilah majikan orang islam
supaya kita dalam ketenangan Nur Islam.
tak mudah dipijak
tak mudah ditipu
DAN
tak mudah ditindas

projek tahun akhir dah hampir siap
tapi ada lagi salah.
hantar-salah-hantar-salah
SABAR
bila nak betul agaknya

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima 
tekanan hidup kerana tidak ada 
satu bencana sama ada kerana terkena duri 
atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan 
melainkan Allah 
akan mengangkat darjatnya satu darjat 
dan menghapuskan satu 
kesalahan dengan kesabarannya 
menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”


Riwayat al-Hakim


semua orang dah berangkat pulang ke kampung
halaman masing-masing
sunyi di sini.

ambil keputusan pulang ke rumah
sebab 
komunikasi kurang berkesan
sebab saya ada dua ketua
orang lain satu je
saya jadi pening
tapi ini lah dugaan nya
SABAR

dalam sesuatu organisasi pastikan
hanya ada satu ketua
barulah organisasi itu berjaya
kalau dua memang pening
jadilah masyarakat berwawasan -__-


saya selalu sabar dengan awak
disebabkan awak DITUGASKAN untuk bantu saya
saya hormat awak
tapi awak belum masuk islam
awak memang pandai
tapi awak hormat lah saya juga
bila saya tanya
saya tak pernah dapat jawapan yang
memuaskan
saya pun tak faham


ya Allah....aku tak putus berdoa
mohon petunjuk....
ILUVCHEMISTRY
tapi terasa macam dah tak suka
ALLAHUAKBAR

pesan abah:
kalau takda tekanan
mesti kita akan duduk diam(malas)
jadikan stress itu satu tapak
untuk kita terus bergerak ke hadapan.
dalam kita berjuang pasti ada rintangan
ALLAH sentiasa bersama orang yang
SABAR

ya Allah tenangkanlah hatiku
dengan ketentuanMU

projek akan disambung sem depan
INSYA ALLAH
semoga dimudahkan semua.

::Solat dan Doa::

Saturday, December 11, 2010

:: SerangAn PeMikiRaN::


Tanpa disedari ummat masa kini
diselubungi dengan pelbagai jenis
pembaharuan dan teknologi
yang semakin pesat.
dari manakah datangnya
segala kemajuan pada hari ini??
adakah kita terfikir kita masih
dalam zone selamat dan selesa?

pemerintahan fizikal masih
boleh dilihat dengan mata kasar
tetapi,
pemerintahan dalaman masih dalam
kekaburan..
pastikah anda dalam zone selamat?
persoalan ini dituju kan kepada
penulis dan pembaca.

dalam kelalaian zaman ini, 
pemikiran manusia semakin cerdas
dan
semakin mengejar keindahan dan
kemajuan duniawi.
dalam tidak sedar serangan pemikiran
(ghazwatul fikr)
telah berlaku kini.


Hadis 8

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: 
Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, 
"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit 
yang pernah menimpa umat-umat dahulu".
 Sahabat bertanya,
 "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?
" Nabi saw. menjawab,
 "Penyakit-penyakit itu ialah
 (1) terlalu banyak seronok, 
(2) terlalu mewah, 
(3) menghimpun harta sebanyak mungkin,
 (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 
(5) saling memarahi,
 (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

~The Arrival~
Bahagian 1
Boleh tengok tak memerlukan suara.
Baca dan fikir. Bahagian seterusnya ada dalam
simpanan PC..boleh hubungi saya
kalau nak tahu kisah seterusnya.


::wallahu'alam::

Tuesday, December 7, 2010

::NaManya MusLim::



Bertudung dan berkopiah itu muslim.
cukup solat 5 waktu juga muslim.
pergi ke sekolah agama juga muslim
sebab mak ayah kita muslim,
dalam IC pun tulis bergama islam.
persoalannya...
adakah kita menghayati maksud sebenar MUSLIM itu

mudah untuk melafazkan kalimah 
ISLAM dan MUSLIM.
dan mudah juga untuk aplikasikan kehidupan
sebagai seorang muslim.


tapi...sejauh mana penghayatan
hidup sebagai seorang MUSLIM..
muhasabah bersama 
kembali

Hadis Rasulullah :

 "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. 
selagi mana kamu berpegang kepada 
dua perkara ini kamu tidak akan
 sesat buat selama lamanya. 
iaitu 
Kitab Allah dan sunnahku "
(Bukhari) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...