sahabat

Saturday, December 31, 2011

::Kisah 2012::


...Dengan Nama Allah...

Salam semua, hari ni saya mendapat kesedaran hasil perbincangan bersama
di dalam bulatan bahagia pada minggu ini.
 Kini tanah palestine telah dimiliki oleh kerajaan Israel laknatullah
oleh itu, sejauh mana tindakan kita untuk saudara kita disana.
adakah terus memberi keuntungan kepada israel atau terus memboikot
mungkin dengan berinfaq dan berdoa boleh menjadi bantuan jarak jauh.

saya terbaca status sahabat2 di facebooook, 
ada yang bertanya kat mana lokasi sesuai untuk sambut malam tahun baru ..ada juga menyeru sahabat2 mereka untuk turut serta melihat bunga api pada malam ni, katanya sekali setahun...
ada juga sibuk memikirkan azam baru 2012 dan mengenangkan azam lama 2011. 
ah ! semua ni cerita katun saja. saya cuba tidak mengambil langkah menyampah terhadap semua ini, tapi harusnya saya membalas status kesedaran sebagai seorang muslim 

Cukuplah bagi seorang muslim itu meraikan Tahun Baru Hijrah,
itu lebih dekat dengan Allah dan Rasul. lagi kemas kalau setiap hari kita jadikan hari baru azam baru... Allah..begitu dekat dengan kita =,=

Thursday, December 29, 2011

::Pena Dakwah::



Dengan Nama Allah serta selawat kasih kepada Baginda Rasulullah saw
kehidupan yang baik adalah dimulakan dengan sesuatu yang baik dari awal 
pagi untuk lebih mendapat berkat hari2 kita mulakan dengan asma al-Husna

Jika di sekolah dahulu, setiap pagi semasa perhimpunan harian
pasti ada acara zikir Asma Allah secara berjemaah
insha Allah walau dimana kita, 
walau jauh kita telah meninggalkan zaman sekolah  kita tetap 
meneruskan zikir itu di setiap hari2 kita
INSHA ALLAH

Firman Allah:
" Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan   
orang yang menyeru kepada kebajikan, 
menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar. 
Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"
[Al-Imran : 104]

Dia seorang muslim..seorang hamba Allah..seorang khalifah..
dan seorang yang ada ilmu
tapi dia tidak ada kekuatan untuk menyahut firman Allah diatas.
apabila terdapat kemungkaran/maksiat di depan mata, 
dia seperti tidak ada kekuatan untuk mencegah
tapi, sedarlah. pada masa itu, pencegahan itu telah diamanahkan bagi 
mata-mata yang nampak
jiwa-jiwa yang tegar dengan jihad
hati-hati yang selalu berzikir serta berilmu

Maka, dia tidak putus asa mencari kekuatan itu dengan memohon
pertolongan kepada yang Maha Pemberi Kekuatan..Allahuakbar.

Satu hari dalam satu bulatan ukhuwah..bulatan gembira juga bahagia,
dia telah menyusulkan perbincangan amar makruf nahi mungkar.
dan 
Alhamdulillah disitu dia terjumpa jawapan bernas mungkin
satu cara yang pasti dan insha Allah ada hasil.
dengan membuat satu bookmark berbekalkan sedikit info ilmiyyah
dan bookmark ini dibawa kemana sahaja dia pergi
dan jika terdapat insan2 yang memerlukan bookmark ini
maka insha Allah disini bermula nya kekuatan untuk menyahut seruan
Amar Makruf Nahi Mungkar..

Subhanallah...Allah itu sangat dekat dengan hambaNya
dan ketahuilah syurga itu milik semua Insha Allah

Apa yang penting ialah usaha setiap insan bukan hasil nya
Allah lebih memandang kepada usaha daripada hasil
yakinlah dengan janji Allah
semoga berkat hidup milik semua.amin 

 

Sunday, December 18, 2011

::Kompas Hidup::


Dengan Nama Allah
Indahnya Ilmu jika diamalkan
topik pagi jumaat di IKIM FM oleh Ustaz Zul Ramli M. Razali
syukur dengan hadiah telinga yang Allah bagi dengan membuat kebajikan
melalui anugerah itu untuk mencapai keredhaan Allah.

Kompas Hidup itu ialah Hidayah Allah
memilih siaran radio ikim juga Hidayah
berada di dalam majlis ilmu juga Hidayah
membaca penulisan ilmiyah disini juga Hidayah


Hidayah itu milik Allah
tapi usaha untuk mencapai Hidayah itu adalah menjadi milik
setiap Hamba Allah untuk mencapai mardhotillah.

Hidayah ibarat kompas hidup sebab setiap muslim perlukan bimbingan
Taufiq dan Hidayah untuk setiap saat dalam hidupnya..
jika seseorang pergi mengembara masuk hutan, pasti dia tak kan pernah 
berpisah  dengan kompas nya sebab nanti takut sesat tak jumpa jalan keluar.

begitulah aplikasinya dalam kehidupan kita. 
pentingnya Nilai Hidayah dalam hidup sebagai seorang Muslim
cuba satu masa kita tanpa petunjuk Allah, boleh jadi kita sesat kalau
kita terus tak sedar. Nauzubiilah

jika hari ni masyarakat berkompaskan ISLAM atau BARAT.
itulah peranan setiap hamba dalam memegang senjata tegar seorang mukmin 
iaitu DOA...dalam al-Fatihah juga ada Doa untuk minta semoga diberi jalan lurus.

Semoga kita sentiasa mendapat Hidayah Istiqamah dalam amal kebajikan
amalan Doa ini selaras dengan amal ibadah lain
INSHA ALLAH dimudahkan jalan menuju Hidayah Allah

Monday, December 12, 2011

::Istikharah Cinta::

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang.
Selawat keatas Junjungan Nabi Muhammad saw

Alhamdulillah telah diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama
dalam majlis llmu sebahagian dari taman2 syurga

Forum Istikharah Cinta
anjuran
Persatuan Mahasiswa Islam USM
Ingin saya berkongsi pengisian forum ini 



Cinta itu anugerah Allah. Fitrah manusia ada rasa cinta. 
Cuma sejauh mana kita manfaatkan cinta dan menggunakan 
anugerah itu ke jalan yang betul.  
Cinta biasa cinta yang nampak. Cinta luar biasa cinta yang tidak nampak. 
Cinta yang nampak macam kita cinta ibubapa dan sahabat2…
yang nampak depan mata. Biasa dah kan. 

Cinta luar biasa  seperti contoh Rasulullah saw di saat wafat nya dia menyebut ummati ….
padahal umat dia adalah pada zaman sekarang ni. 
Belum ada lagi pada saat baginda wafat. 
Begitu luar biasa nya cinta Rasulullah kepada umat nya…sollu ‘ala Nabi….

Cinta itu naluri..seperti juga perasaan marah juga naluri. 
perasaan marah sukar dihalang. Macam juga dengan cinta.. naluri itu fitrah yang tak boleh halang..Cuma kena arahkan naluri ini ke jalan yang betul berpandukan Akal yang waras….
Hati yang bersih dan Nafsu yang tunduk kepada akal. 
Banyak kan berdoa supaya cinta kita hanya kepada Allah Rasulullah mak ayah 
dan kepada jalan2 yang betul…

Perlukah jatuh cinta??  Cinta itu perasaan yang sama..semua orang ada rasa….Cuma pastikan arah tuju cinta itu ke arah yang baik. Biarlah percintaan itu bermatlamat iaitu matlamat untuk pernikahan secepatnya. 

Bila kita buat dosa…dan tak rasa bersalah pun..
bermakna kita telah termasuk dalam perangkap syaitan.
Matlamat cinta itu – sakinah mawaddah dan rahmah…
perkahwinan dimulai dengan cinta kasih sayang dan diakhiri dengan tanggungjawab. 

Kita bernikah bukan hanya untuk berkasih sayang, tetapi juga telah membuka 
sebuah kitab t.jawab seorang suami/ayah dan  isteri/ibu. Sebab anak itu amanah Allah.

Tiada istilah ‘couple islamic’ dalam islam.  Lelaki yang benar adalah lelaki yang bersahabat hingga ke lafaz sakinah bukan hanya sekadar teman tapi mesra.. 
Semakin banyak beri kemanisan sebelum nikah, 
Allah akan tarik nikmat manis selepas nikah.

Cinta islamik boleh jika…..TANPA GAMBAR..TANPA SMS..TANPA HUBUNGI..TANPA DATING…selalu orang tewas pada sms….Cuma bila dah ada kawan….cuba kawan itu bermatlamatkan untuk membina masjid..segera berbincang dengan ibubapa kita.

Istikharah itu bukan hanya untuk memilih jodoh atau memilih dua individu..tapi juga adalah untuk memilih dua situasi atau memilih apa saja dalam kehidupan kita…

tiada penyelesaian yang baik melainkan dengan istikharah…tiada keputusan yang baik melainkan dengan musyawarah.


Antara yang hadir




-semoga manfaat-

Saturday, December 10, 2011

::Indahnya berPuasa::


Dengan Nama Allah..selawat ke atas Nabi Muhammad
syukur atas kesihatan yang diberi dengan meraikan majlis-majlis ilmu
hendaklah kita pergi mencari ilmu bukan ilmu itu datang sendiri

Kuliah ilmu berbicara tentang puasa. ingin berkongsi kelainan ilmu 
mengenai puasa.

Bila puasa pasti ada rasa letih, tapi percayalah 
keletihan itu hanya satu perasaan
negative dan mind set kebanyakan orang.
ketahuilah jika di saat letih itu ada terdetik satu perasaan Puasa kerana Allah
pasti hati akan tersenyum tenang.

Berbahagialah orang yang berpuasa terutama di saat waktu berbuka puasa
kerana mustajabnya doa tika itu. Allah maha Pengasih kepada HambaNya
sabda Rasulullah :

"Tiga orang yang tidak akan ditolak doanyaorang yang puasa ketika berbuka
Imam yang adil dan doanya orang yang dizalimi" 
(HR. Tirmidzi, Ibn Majah, dan Ibnu Hibban)

Alhamdulillah dengan hadirnya kuliah tempoh hari seperti
ada kekuatan/pemangkin untuk diri ini meneruskan amalan puasa sunat.
semoga Allah terima semua amalan kita amin

Saturday, December 3, 2011

::Susah Itu Hadiah::


Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang
Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Hanya Allah saja yang tahu sejauh mana usaha setiap hambaNya dalam apa jua aspek kehidupan. manusia tak berhak nak tahu semua ini. biarlah Allah yang memberi ganjaran/balasan kepada setiap perbuatan hambaNya. 

Bila di uji dengan kepayahan..fikir lah, ramai lagi sahabat seperjuangan mempunyai kepayahan tersendiri..Allah itu maha Adil....walau terasa berat, namun dalam hati tak pernah lupa Allah. walau pahit di luar, tapi biarlah dalam kelihatan manis.

Kenapa orang suka cakap susah dahulu, sedangkan dia tak pernah cuba pun. buat kerja kita sudahlah. kenapa nak buat kerja Allah. susah ke senang  itu semua kerja Allah. kerja kita usaha dahulu...ayat dari seorang penceramah di IKIM - Ustaz Ghazali ibrahim 

Masa....saya salah seorang yang suka lengah pada masa. kadang2 tak tahu nak buat apa, sedang masa tak pernah tunggu kita walau sesaat. masa terus berjalan tanpa isyarat. mudah nak jadi orang leka, tapi lagi mudah untuk kita hargai masa jika akal itu tidak bersatu dengan nafsu

Bila sedih bila kerja tak menjadi. so, tanya diri sendiri, kenapa sedih? perlu ke sedih. kenapa tak tambah usaha...Allah masih bagi kekuatan fizikal dan mental/fikiran. nak tunggu apa lagi...ok..ini semua ayat nasihat/motivasi untuk sang penulis yang sedang menikmati ujian hidup. =)

Setiap masalah menimpa..kenapa lama sangat tetap tak jumpa jalan penyelesaian..sebab Allah nak bagi peluang kepada kita supaya usaha lebih sikit...bukak minda luas-luas...tapi dalam tak sedar, Allah dah bagi petunjuk setiap apa yang kita dah buat. 

itulah dia belajar dari kesilapan...tak lupa juga ucap alhamdulillah selalu sebab Allah sentiasa mendengar rintihan hati kita.

Walau pun kita keseorangan di bilik/makmal/tempat kerja atau mana saja....tapi  ingatlah Allah sentiasa  ada melihat dan malaikat raqib dan atid tak pernah berhenti mencatat segala perbuatan baik buruk kita.....awas!!~~

-Semoga Manfaat-

Sunday, November 20, 2011

::Ini Sejarah Kita::


Dengan lafaz Bismillah....Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana
telah memberi nafas hari ini untuk terus mencari bekalan buat hari esok

Alhamdulillah sabtu yang lalu [ 19.11.2011] saya telah diberi peluang oleh Allah
untuk bersama dalam satu program yang bertajuk
-Ini Sejarah Kita-

Terima Kasih juga buat sahabat2 yang mendorong saya untuk terus Istiqamah
dalam menghadiri majlis-majlis ilmu
kalian adalah sahabat hakiki dunia akhirat.

sepanjang program 9am-6m saya telah banyak belajar sesuatu yang baru tentang sejarah perjuangan
Islam..masa di sekolah dahulu, telah pun belajar tentang ini, tapi masa itu terlalu muda
untuk saya menghayati apa itu kebangkitan dan perjuangan ISLAM 
pada zaman Rasulullah, para sahabat dan tabi'in

-Graf naik dan turun nya perjuangan Islam-

terbuka minda saya kini berfikir apakah status Islam pada zaman ini
banyak nya hanya pada nama. tetapi perlaksanaan nya sungguh kurang
terlalu asing bagi umat islam sendiri untuk mengaplikasikan
sunnatullah...

baik dari segi individu masyarakat hinggalah kepada pemerintahan...katanya
Islam adalah agama Rasmi... tetapi sejauh mana kerasmian itu, hanya
yang 'sedar' sahaja tahu tahap perlaksanaan hukum Islam itu sendiri

Jika kita lihat, zaman dakwah Rasulullah semasa di Makkah hanya tertumpu kepada
akidah ummat Islam. Baginda membina asas dakwah Islamiyyah iaitu kepercayaan kepada
Allah...Tiada tuhan selain Allah...pada masa itu, belum ada lagi syariat Hukum Islam

berlaku penghijrahan ke Madinah, baru lah Baginda menekankan Islam itu ada syariat tersendiri
yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja telah memeluk Islam
itulah bukti Islam sebenar bukan hanya pada nama, tetapi juga disertakan dengan
perlaksanaan sebagai seorang muslim


Dan apa yang kita lihat pada hari ini, akhir zaman, Islam itu telah
kembali asing seperti Zaman Makkah dahulu. ramai yang kata mereka Islam,
tetapi mereka tak solat..tak puasa..buat maksiat..terlalu ramai
realiti zaman kini, terlalu jauh dengan Islam, sehinggakan
yang betudung labuh itu kelihatan pelik
pemuda ramai di masjid sesuatu yang ajaib..dan
wanita yang menjaga aurat nya terlalu sedikit .

itulah Islam kini hanya tinggal dakwah sahaja, 
seperti zaman awal Islam
tanpa sebuah Tamadun lagi
tanpa perlaksanaan yang sempurna

peranan kita pada hari ini
adalah untuk menyelamat ummat islam
bersenjatakan DOA
bersulamkan USAHA

semoga kita semua mendapat Hidayah Istiqamah
dalam membantu agama Allah
ingatlah Taufiq Hidayah milik Allah
tetapi, usaha itu masih menjadi pilihan kita

-Semoga Manfaat-

Thursday, October 27, 2011

::Kisah Anak Ayah::



..Dengan Nama Allah..

Salam dan Selamat Pagi!! =)

[TekaTeki Minda di Pagi Hari]

Seorang ayah mempunyai dua orang anak Nama Ali dan Abu. sebelum ayah mereka 

meninggal, ayah nya berpesan :

1) Jangan menagih hutang

2) Apabila pergi dan pulang dari tempat kerja, Jangan bagi terkena sinar matahari.


semakin hari, masa berganti, kedua anak nya taat pada wasiat ayahnya.

tetapi.......hasilnya ~


Ali semakin kaya.

Abu semakin miskin.

Mengapa Ali kaya dan kenapa Abu miskin???

Sila jawab dengan penuh ceria !!! senyum =)

****************

Dah lama rasa nya tak main teka teki ni

Tercetus idea untuk berkongsi soalan ini 

kepada sahabat2 saya di FB pagi tadi....

Alhamdulillah, ada yang berjaya menjawab dengan betul !!

TAHNIAH =)


******************

::Jawapan::

Kisah Perniagaan sebenarnya

Abu menjadi semakin miskin sebab Abu membenarkan

pelanggan nya berhutang, dan dia tak boleh menagih hutang itu

menyebabkan modal nya berkurang..


Dan setiap hari Abu pergi dan balik kerja naik teksi sebab taknak kena 

cahaya matahari, menyebabkan duit nya habis

bayar tambang teksi..




Ali pula menjadi semakin kaya sebab 

Ali tak pernah benarkan pelanggan nya berhutang

semua jual beli tunai.maka modal nya bertambah..


Dan setiap hari Ali akan pergi kerja sebelum matahari terbit

dan pulang ke rumah selepas matahari terbenam

oleh itu, tak perlu la Ali naik teksi pergi kerja.


::semoga Manfaat::

Wednesday, October 19, 2011

::Doa Mustajab::



Dengan Nama Allah..

Perkongsian apa yang di dengar di IKIM hari ini
dalam slot Motivasi Pagi
seawal jam 7.30am
disampaikan oleh 
merupakan seorang pensyarah di UKM dan pernah menjadi
salah seorang daripada Mursyid Imam Muda 
Musim ke - 2

..:7 Golongan Mustajab Doanya:..

1-Doa ibubapa kepada anak-anak
2- Doa anak2 yang soleh kepada ibubapa
3- Doa orang dalam kesusahan
4- Doa seorang sahabat kepada sahabat
5- Doa orang yang sedang berpuasa
6- Doa orang yang sedang bermusafir
7- Doa pemimpin yang adil

~Semoga Manfaat~

Monday, October 17, 2011

::Belajar Dari Alam::


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana telah memberi kesihatan
semula kepadaku setelah berperang dengan kesakitan yang sedikit
tapi jauh terasa pedihnya sakit. Allah....beristigfar tika sakit bukan merungut. satu motivasi~

pengisian hujung minggu yang sangat manfaat kerana telah diberi
peluang untuk bersama sahabat tracking ke pantai kerachut.
SUBHANALLAH...indah bersama sahabat, berukhuwah sambil melihat
penciptaan Allah dari mula perjalanan hingga lah ke destinasinya!!

Merentasi hutan untuk bertemu dengan sebuah pantai
adalah satu cabaran yang hebat. memerlukan usaha fizikal yang mantap!

sambil itu tak salah kalau kita terus berzikir memuji Allah
sambil berjalan melihat alam semesta ini.
ALHAMDULILLAH.

latihan sebegini menguji tahap kesyukuran kita kepada Allah.
siapalah kita hendak memijak muka bumi Allah ini, jika kita seorang yang
angkuh?

kembali kepada Allah...ingat Allah sentiasa INSHA ALLAH
berkat umur, hidup dan segala perbuatan. amin

Lokasi Gambar : Taman Negara Pulau Pinang
Pantai Kerachut







" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, 
dan pada pertukaran malam dan siang, 
ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan
Rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal"
[Al-Imran : 190]

::Nur Imtiyaz 16 oktober 2011::

Friday, October 14, 2011

::Langkah Pertama::


Dengan Nama Allah...selawat junjungan besar Nabi Muhammad
beristigfar sambil memuji Allah adalah permulaan nafas yang baik
tanda syukur kita kepada Allah kerana masih diberi
peluang untuk terus menumpang memijak di Bumi Allah ini

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk sang penulis
mengukir sebuah langkah baru untuk terus berada
di dalam taman-taman syurga
INSHA ALLAH

dengan melihat yang zahir sahaja tak mampu mencipta
sebuah kesimpulan yang normal, 
malah
perlukan kepada pemerhatian yang dalam serta bukti2 yang
menyakinkan

pernah suatu ketika saya terdengar keluhan seorang
ilmuan sarjana yang mengatakan di sebuah institusi

"kalau boleh surau itu biarlah dikunci kerana takut2
ada kumpulan islamic yang menggunakan surau itu untuk
"berUSRAH"

dan sebenarnya USRAH inilah yang dicari
sang penulis setelah lama tak berusrah

saya ingin mengatakan disini bahawa usrah itu bukanlah haram,
dalam usrah pun bukanlah kita mengumpat mana2 pihak
bukanlah kita bangga bahawa kita ini berjaya masuk usrah
pandai berkata-kata atau berlawan-lawan pendapat
supaya orang kata kita bagus, ayat kita bikin panas jiwa
atau
jika kita berusrah kita confrm masuk syurga
atau
kitalah hamba yang paling Allah sayang sebab kita
berUSRAH

Astagfirullah.............
sesungguhnya.....
usrah itu hanyalah sebuah ukhuwah yang dibina untuk memperingati
antara satu sama lain dan di situ bermula sebuah
langkah untuk kita terus menyampaikan AMANAH Allah

kalau bukan mnausia ..siapa lagi yang memdapat anugerah
akal fikiran daripada Allah

semoga dimudahkan untuk kita terus
mendekati Allah..amin
::Nur Imtiyaz 14 oktober 2011::

Thursday, September 15, 2011

::Kisah Si Bujang Kampung::



Tinggal seorang bujang kampung bersama 
ayah dan ibunya. walaupun dah meningkat dewasa, masih 
belum fikir untuk berumah tangga.
Tapi yang pasti
dia seorang yang rajin membantu ayahnya
dalam memelihara ikan-ikan untuk dijual.

hanya kerja kampung, itu bukan alasan untuk tidak maju,
malah ini adalah satu pekerjaan yang mulia, kerana
kita menjaga kebajikan makhluk Allah
dan seterusnya hasil jualan ini
dialirkan kepada yang sepatutnya
tambah 
 si bujang ini lagi dalam pengakuan tersendiri,,
kerja-kerja sebegini adalah sangat
mendekatkan kita kepada Allah

suatu hari dia bermimpi, ternampak sebuah 
gunung yang cantik, dan di atas gunung itu ada
sebuah permata emas yang masih elok.
Dalam mimpi itu, seperti ada yang menyuruh dia pergi
mengambil permata itu kerana jika
dia mendapat permata itu, dia boleh jadi orang senang 
dan tak payah kerja ikan lagi.

Kedengaran azan subuh menamatkan sesi
alam maya dia dan permata emas,
pantas si bujang ini bangun berwuduk dan solat
dikala subuh masih subur.

Petang kemudian, dia menuju ke kawasan gunung itu
untuk mengambil permata itu untuk diberikan kepada
ayah dan ibunya supaya mereka tak perlu bersusah
payah lagi mencari wang.


"tinggi nya gunung ni, macam mana aku nak
naik ni"
 -kata si bujang itu-

usaha demi usaha dilakukan, tetap tak berjaya juga

--kecewa--

lalu pulang lah dia ke rumah semula
sambil termenung. ayah nya menyapa dan dia pun
cerita lah kisah mimpi itu....

lalu ayahnya bertanya beberapa soalan :

"kamu dah ada strategi tak untuk nak naik gunung itu"
"kalau tiba2 terjatuh, ada back up tak"
"berapa lama persediaan mental dan fizikal kamu untuk mendaki"

--dia terdiam--

lagi soalan ayah nya :

"yakin kah kamu ada permata di atas gunung itu"
"kamu percaya pada kuasa mimpi atau kuasa Allah"

--dia tunduk dan menangis--

begitulah kisah seorang yang berjiwa muda
seringkali terpengaruh dengan janji dunia.
jika diaplikasikan dalam kehidupan kita.
mungkin jauh dari mata penglihatan,
tapi hakikatnya sama.

Jawapan kepada soalan si ayah:

Permata itu boleh dikatakan seperti seorang gadis
yang cantik dan kaya. si bujang ini ingin sangat untuk mendekati 
si gadis ini supaya dia dapat mengahwini si gadis ini
supaya hidupnya nanti menjadi senang. persoalannya, jika kita belum
sedia mental fizikal, ilmu agama, tanggungjawab,
adakah kita layak untuk memasuki alam perkahwinan, sejauh mana
hubungan kita dengan Allah.
fikir-fikirkan

dan

Mimpi indah si bujang itu pula adalah 
hanya permainan syaitan dalam tidur nya. jika dunia hari
ini terlalu banyak janji manis
syaitan untuk hamba2 Allah
sehinggakan kita selalu diuji dengan harta, duit,
pangkat dan kesenangan.
Tapi adakah kita tegar untuk tinggalkan
semua ini, atau yang ini lah yang kita mahu.
Dimana Allah dalam hati kita,
sejauh mana kita lakukan sunnah Rasulullah
berapa kali sehari kita membaca al-Quran dan berselawat.
ini lah yang sepatutnya kita fikirkan

Semoga Allah terima amalan dan taubat kita hari-hari

::Nur Imtiyaz 15 sept 2011::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...