sahabat

Wednesday, May 15, 2013

Kecerahan Hati

Bismillah

Doa setiap hari dalam rakaat solat kita
semoga Allah tunjukkan jalan kebenaran
jalan cahaya, dan bukan jalan kegelapan.

semoga Doa-Doa ini dari hati, bukan hanya lafaz.

soalan yang seharusnya disoal kepada diri


Berapa banyak sumbangan kita untuk Islam
Apa kebolehan yang boleh digunakan untuk Islam
Berapa ramai telah mendapat pencerahan kerana usaha kita
Adakah akhlak kita mencerminkan keindahan Islam.


Semoga Allah Redha 
Semoga Allah permudah

Hidup kerana Allah dalam keindahan Islam
InshaAllah

Saturday, April 20, 2013

Keindahan Beriman

Bismillah

orang beriman seharusnya tegar
apabila menerima apa pun ujian

sebab orang beriman itu selalu ada Allah
dia tak kan pernah kecewa dalam hidup

walaupun terasa susah, dia tetap tenang
tetap terus berdoa, mohon Allah bantu

dia sangat cool dengan ujian
dan dia pastinya pandai membahagi masa dengan baik
baik dunia, mahupun akhirat



"Dan tidak satu pun makhluk bernyawa
di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya.
Dia mengetahui tempat kediamannya dan 
tempat penyimpanannya.
semua telah tertulis dalam kitab
Lauh Mahfuz"

[Surah  Hud : 6]


Sunday, February 3, 2013

Kongsi Ilmu

Bismillah

Sentiasa mencari peluang untuk berkebajikan
sentiasa mencari peluang untuk mendekati cinta Allah
sentiasa mencari ruang untuk perbaiki diri
selalu berbicara dengan Allah, itu lebih indahkan hati.

Ihsan
Taqarrub
Insha Allah 

Jika di facebook
kita diberi pilihan untuk menulis status
maka tulislah apa yang baik untuk semua
manfaat untuk yang membaca.


sebelum menulis seharusnya berfikir sejenak
membaca bismillah, mohon izin Allah
supaya status ini adalah bertujuan untuk perkongsian yang baik.
juga harapan ia dikira sebagai ibadah
semoga Allah pelihara kita dari sifat riak.
sekiranya mendapat liputan LIKE yang ramai.

semuanya pada kuasa Allah
jika kita berdoa, Allah akan pelihara, Allah akan lindung.

************

CahayaImtiyaz
School of Chemistry
Universiti Sains Malaysia

Tuesday, January 15, 2013

Bacaan Hati

Bismillah

Hari demi hari
satu per satu Allah nak bagi pelajaran
dan pelajaran paling sukar adalah
untuk menerima baik suatu kegagalan,

tenang....
dengan memandang sebuah kegagalan
sebagai satu kejayaan
paling kurang, ada percubaan,
bukan hanya berdiam tanpa ada usaha.
kerana di setiap percubaan ada kejayaan

sesekali kejian itu lebih bermakna daripada pujian.
kita manusia tak pernah kenal kelicikan syaitan
yang tak pernah putus asa merosakkan makhluk Allah


semakin tinggi layang2...semakin kuat angin bertiupan
dan semakin berpotensi untuk terputus talinya
hanya tali yang kuat dan kukuh
mampu mengekalkan status ia sebagai
satu layang-layang

**********************

CahayaImtiyaz
chem school USM


Monday, January 7, 2013

Indahkan Suasana

Bismillah

sesuatu yang indah pasti dari Allah Maha Sempurna.
itulah lukisan alam, yang sememangnya tenang.

Menghidupkan pagi hujung minggu, 
membahagiakan hati..Alhamdulillah.

cukup tenang bila dapat
berjalan sambil memerhatikan
keindahan ciptaan Allah yang menghijau dan menyejukkan


ucapan yang baik akan menghasilkan tindakan yang baik
kata2 yang soleh, akan membuahkan akhlak yang cantik

hakikat menuju redha Allah
harus tegar dan senyum dengan segala apa dugaan
insha Allah

semoga Allah terus beri kekuatan pada aku
untuk meneruskan pengajian disini.

Indahkan suasana hati
pasti bahagia menjadi penyeri

insha Allah
akan cuba manfaatkan masa sebaik nya
akan cuba manfaat kan sahabat yang ada
dan
akan cuba bahagi masa untuk diri dan keluarga.

****

Lab 211
Sch Chem USM
  





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...