sahabat

Tuesday, December 25, 2012

Tenang Dengan Doa

Bismillah

Alhamdulillah tenang di lab.
cukup lah bagi ku sekadar dapat menikmati rasa
ketenangan dan bahagia mungkin ?

semalam lagi, staf dan pensyarah dah mula
mencutikan diri. termasuk lah sv aku.
semua orang suka cuti , me too =,=

berdikari bukan jalan untukku bersendiri
tapi disitulah jalan mengenal potensi diri



pesan untuk diri sendiri

jangan sampai orang sujud syukur bila tiadanya kita.
jangan sampai orang tenang bila tiada nya kita
jangan sampai orang berasa sempit dengan kita.
segala nya denga kasih sayang Allah.

jika kamu ditakdirkan menjadi seorang guru.
jadilah seorang guru yang faham akan muridnya
bantulah mereka dengan bantuan yang berhemah
jangan ada benci murid kepada kita.

Allah, semoga ini yang terbaik untuk masa depan.
Allah, tiada kekuatan diri ini melainkan Engkau yang beri rasa itu.

*******
seronok bila doa kita dikabulkan.
jadi, raikan keseronokan itu dengan bersujud dan mengingati Allah.
pasti ada pertolongan dari Allah terus menerus

Bilik Siswazah
Chemistry School
USM

Friday, December 14, 2012

Ketelusan

Bismillah

kasihnya Allah dengan tidak pernah jemu 
memberi nikmat kepada semua hamba-Nya.

sayang nya Allah kepada kita dengan memberi kita
makan setiap hari, dari kecil sampai besar.
tak pernah putus nikmat makan dan minum
itu lah Allah Maha kuasa segalanya.

tidak dinafikan keindahan 
berhujung minggu di rumah bersama keluarga.
begitulah rasa nya bila berjauhan.

namun, perlu aku akui, kebahagiaan di sini
bersama kerja-kerja dunia yang 
sememangnya tak kan pernah habis.

akan terasa indah dan tenang,
bila sesuatu kerja disandarkan atas nama Allah
hanya kerana Allah
segalanya untuk Allah


Apabila buat sesuatu kerana Allah,
takkan ada rasa kecewa, bila ada yang mencela.

Allah Musta'an, Allah bersama sentiasa !

sebuah ketelusan pasti akan memberi kebahagiaan
Bismillah...

***********************

Nur Imtiyaz
Chemistry Lab USM

Thursday, December 6, 2012

Rasa Bersama

Bismillah

Kalau kita ada rasa tidak puas hati kepada seseorang,
seharusnya kita berterus terang demi keharmonian jiwa bersama
juga demi meneguhkan keikhlasan dalam persahabatan.

disusuli dengan berdoa semoga
Allah lembutkan hati kita untuk terima cara dia
dan terus berdoa supaya talian persahabatan ini 
terus basah dengan Rahmat kasih sayang Allah


kita cuma boleh dan mampu untuk ubah diri kita,
dan kita tak mungkin boleh ubah diri orang lain.

cek semula kenapa kita bersahabat dengan seseorang,
untuk kepentingan diri kita atau untuk menumpang
kesenangan dan kelebihan dia
atau kita bersahabat kerana Allah

cek semula ciri-ciri kawan yang baik/tak baik
dan baiknya seseorang itu bilamana
dia sangat menjaga hubungan dengan Allah.
dan inilah sahabat sebenar kita
sahabat dunia akhirat
In shaa Allah

::Semoga Allah Bersama::

Nur Imtiyaz
Sch of Chem
Universiti Sains Malaysia

Saturday, December 1, 2012

Kemanisan Ujian

Bismillah

Pagi yang tenang dimulakan dengan kalimah yang baik
Pagi yang syukur dimulakan dengan doa dan zikir
seperti kebiasaan sebagai seorang pelajar
waktu terbaik untuk mencari ilmu adalah pada awal pagi
In shaa Allah, hasil nya sungguh barakah !

Jalan kebahagiaan itu berliku
namun, masih ada ruang untuk kita memilih
jalan mana yang sesuai dengan jiwa kita.
sekalipun jalan yang kita pilih itu sangat sukar dan penat,
namun, percaya lah, dengan istikharah dan doa yang khusyuk
Allah pasti memudahkan jalan itu..pasti..


ada masa nya jeritan kasar itu perlu kita abaikan
demi menghormati kemahuan jiwa yang tenang.

perjalanan yang jauh,
sesekali berhujan,
sesekali berpanas
percayalah, jika kita terus berjalan walau perlahan
in shaa Allah, pasti bertemu garisan akhir.

" wahai orang-orang beriman,
mohonlah pertolongan kepada Allah
dengan sabar dan solat
Sungguh Allah beserta dengan orang-orang yang sabar"
[Al-Baqarah : 153]

**************

aku gembira dengan jalan yang aku pilih ini
walau terasa sungguh perit dan derita
namun Allah masih beri aku rasa sabar.
kini aku bahagia dengan ujian ini
merasakan Allah selalu bersama dalam perjuangan ini

Nur Imtiyaz
Sch of Chemistry
Universiti Sains Malaysia, Penang


Wednesday, October 31, 2012

Air Zam Zam

Dengan Nama Allah

Air zam zam merupakan air terbaik atas muka bumi.
boleh menyembuhkan penyakit dengan izin Allah

sabda Rasulullah saw

sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air zam zam,
terapat di dalam nya zat makanan,
orang yang meminumnya akan berasa kenyang,
dan boleh menyembuhkan penyakit

boleh menyempurnakan hasrat peminum
sabda Rasulullah saw

Air zam zam itu untuk sebarang tujuan/niat orang yang 
meminumnya dengan izin Allah


bersumberkan buku yang bertajuk

Anakku brain tumour
hikmah 5 sebelum 5

hasil tulisan
Isyah Radhiah Idris

*******************

Nur Imtiyaz
USM

Monday, October 29, 2012

Cahaya Iman

Dengan Nama Allah

Bermula kisah lab semula, setelah bercuti aidiladha.
Alhamdulillah , cuti yang bermakna.
berusaha gigih menyiapkan kerja2 berbaki sebelum
bermula nya percutian yang panjang [bakal]  ! =)

Mencari bahagia dimana pun boleh,
dengan syarat, syariatullah dan sunnatullah sentiasa 
terpahat kukuh di qalbu !

kata orang - kemana kita pergi, biarlah kita bersama
cara hidup islam. insya Allah.


sesekali kita perlu cari masa untuk diri sendiri,
mengira kembali dosa dan khilaf
berapa banyak lagho dalam sehari kita,
berapa banyak kita ingat Allah.

percakapan seharian kita,
banyak yang negatif/positif.
perlu diam atau terus berbicara,
soal kepada hati masing2, 
dimana tahap kekuatan kita 
terhadap rukun iman dan islam seluruhnya,
sekadar menyentuh sahaja atau menikmatinya dengan Rahmat Allah.

teruskan mencari jalan bahagia menerusi cahaya islam.
ditemani petunjuk al-Quran,
insya Allah, pasti akan jumpa cahaya itu, bismillah

Allah, mohon ampun dan maaf.
atas segala kesilapanku, dosa2ku. amin



Nur Imtiyaz
Desasiswa Tekun 
USM Penang

Wednesday, October 24, 2012

Zulhijjah 1433H

Bismillah


Daripada Ibnu Abbas telah berkata, 
Sabda Rasulullah S.A.W :

Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih 
disukai Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh 
(sepuluh hari pertama Zulhijjah). 

Para sahabat bertanya : 
Wahai Rasulullah! dan tidak (amal) jihad pada jalan Allah?. 
Jawab baginda : 
Dan tidak jihad pada jalan Allah. 
Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri 
dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu. 


Daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. 
telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: 

"Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." 
(Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa 
Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

"Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu 
dan tahun yang akan datang." 

(Diriwayat oleh Muslim)

Friday, October 19, 2012

Ujian Cinta

Bismillah

Betapa ruginya orang yang berpura-pura taat kepada Allah
taat nya hanya satu penyamaran

taatnya hanya apabila ada keperluan
taatnya hanya apabila ditimpa kesusahan
taatnya hanya kerana inginkan sesuatu.

berapa ramai manusia hari ini mengaku beriman kepada Allah,
tetapi masih tega melanggar perintah dan larangan Nya.


Rasulullah bersabda dengan penuh rasa cinta dan kasih :

"sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya disisi Allah
dalam dirinya, hendaklah dia mengamati kedudukan Allah
dalam dirinya,
Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam
kedudukan sebagaimana dia menempatkan Allah
dalam dirinya
[Riwayat Al-Hakim]

sesungguhnya tiada yang lebih indah selain beroleh
pengiktirafan cinta daripada Allah

-solusi isu 40-

Nur Imtiyaz
Universiti Sains Malaysia
Penang

Tuesday, October 16, 2012

Halaman Hati

Bismillah

13 oktober 2012
memori bersama sahabat matrik 2006/20008
syukur Allah beri izin untuk bersua kembali.

takda yang beza, bila jumpa terasa muda ^^

Alhamdulillah.


walau sibuk mana kita,
tidak lupa untuk pulang ke kampung
ziarah ibubapa.

mereka tak kan menyuarakan kesunyian
tapi kita lah yang sepatut nya faham rasa itu.

semoga Allah permudah jalan menjadi anak yang diredhai
^^

bila rindu
harus pulang
semoga pertemuan minggu ini menjadi satu ibadah.

selamat hari lahir abah - 52
sayang ummi dan abah dunia akhirat

Cahaya Imtiyaz
Desasiswa Tekun
USM Penang


Monday, October 8, 2012

Pemanis Bicara

Bismillah

Fokus pada masa Insha Allah masa pasti terjaga.
fokus pada kerja Insha Allah selesai pada masa nya.
masa dan kerja, keduanya saling bersatu
kerja pada masa nya, 
itulah kemenangan dalam menjaga diri dan masa.

Jika hari ini kita rasa susah.
Dengan Rahmat dan KasihNya, 
pasti ada kesenangan menanti hari esok.
sebab itu

rasa syukur harus dipelajari dan dihadami. bukan sekadar difahami

Biarpun orang tak tahu siapa kita,
jangan kita sendiri tak tahu, siapa kita sebenarnya.


manusia tak kan mampu memberi ganjaran.
sebab itu, janganlah kita selalu mengharap ganjaran daripada manusia.
tapi, fokuskan harapan hanya kepada Allah.

Teguran yang berhemah itu lebih didengari 
daripada sindiran yang tidak beretika lagi tidak bercita rasa.

orang yang paling cemerlang adalah orang yang redha dengan 
suratan Allah.
maka, carilah jalan untuk mendapat Redha Allah.

sekali sekala perlu ada manis dalam berkata-kata
supaya yang mendengar turut berasa kemanisan itu.
dan
ada masa nya perlu berterus terang walaupun pahit
kerna yang pahit itu biasa nya menjadi 
penawar kepada kemanisan yang sementara.

Alhamdulillah.
Allah permudah urusan.

jadikan aku hamba bersyukur
jadikan aku hamba berzikir
jadikan aku hamba bertaubat
jadikan aku hamba bermujahadah.

Amin.

cahayaimtiyaz
universiti sains malaysia
pulau pinang


Thursday, September 27, 2012

Hikmah

Bismillah

Alhamdulillah, sepanjang minggu ni bumi penang dibasahi hujan Rahmat Allah.
perjalanan hari2 ku dalam kesejukan. insha Allah berkat.

kata orang - bila hujan, cuaca sejuk, best tido.
namun, tugas dan tanggungjawab perlu diteruskan
sesekali harus aku merentasi hujan demi menghargai perjalanan masa.

Allah bagi hujan sebenarnya telah membuka satu pintu Rahmat kepada hambaNya.
supaya kita banyak berdoa dan berzikir.

walau sering basah dan sejuk
segalanya pasti tersimpan hikmah yang kita belum tahu.
Allah, jadikan kami hamba bersyukur









dan hari ni perjalanan menuju destinasi bahagia,
semestinya baiti jannati Insha Allah.
semoga Allah permudah,
semoga Allah Redha.

Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa 
dan menyebarkan rahmat-Nya. 
Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.
 (QS. Asy Syuura: 28)

Nur Imtiyaz
Desasiswa Tekun, USM
Pulau Pinang

Friday, September 14, 2012

Mencari Rasa

Bismillah

Perasaan ingin menulis akan datang apabila jiwa dan raga
semangat sepenuhnya untuk memulakan penceritaan dan perkongsian.

kalau sekadar 50-50 selalu nya tak menjadi penulisan disini.
sekadar lintasan dan terus berlalu pergi.

kalau di sekolah menengah, subjek penulisan paling  tak minat.
sebab mungkin kena tulis guna pen/pensel by hand
kalau salah kena 'liquid'
dan ayat perlu 
disusun mengikut skema dewan bahasa dan pustaka. erk !


kalau rasa bosan di lab, macam2 aku buat untuk mengisi masa terluang itu.
antaranya...

dengar semula talk Prof Dr Muhaya di youtube.
dengar nasyid/lagu yang membina rohani jasmani.
kalau tengah serabut, dengar zikir terapi/ instrumental music.
atau berkongsi status di facebook.
ada juga kadang2 buat rondaan bersahaja di wall fb sahabat/home
dan sekarang tengok masterchef malaysia.

suka tengok bukan sebab suka memasak,
tapi yakin dan fokus para tukang masak dalam masterchef
dapat memberi aku sedikit sebanyak semangat sebenarnya.
positif, kerjasama, riang dalam berkerja, tolong kawan, tak sabotaj kawan,
best teamwork, lepas tu kalau menang dapat makan sedap..ehe !

begitu juga dengan talk Prof Muhaya
yang sentiasa dan sentiasa ke arah positif, yakin, dan tenang.
Alhamdulillah...

Be a person of choices instead of excuses - Prof Dr. Muhaya.

Nur Imtiyaz
Chemistry Lab USM


Tuesday, September 4, 2012

Hasil Kehidupan

Bismillah

kita akan dapat apa yang kita usahakan
Sunnatullah – kalau kita dapat sesuatu tanpa ada usaha, 
tidak berkat, apa yang kita dapat akan diambil semula. 
Allah akan ambil sebab itu bukan hak kita. Konsep keberkatan hidup. 

Biar sedikit, tapi halal.
tak guna banyak, tapi haram !

Air yang banyak tapi ada bangkai tikus. 
Air yang sedikit tapi bersih tanpa bangkai.
Mana satu pilihan kita.

Apa yang kita buat di dunia ini jika bukan untuk Allah, adalah sia2. 
Biar hasil kehidupan kita Allah suka, makhluk di langit suka. 
Islam itu indah. Sebab kita boleh buat amalan yang disukai makhluk di bumi dan langit.


Soalan pertama dlm kubur - solat. 
Kalau hubungan dengan Allah tak baik. Susah nak jaga hubungan dengan manusia. 

Cari rezeki, tapi tak solat.
sedangkan solat itu perkara utama dalam Islam.
bagaimana hidup nak berkat  kalau urusan solat diketepikan.
Allah, jelaskan segala kekaburan di mata kami.

Setiap sebelum kerja, ada doa. 
Selepas kerja juga ada doa.
 Mulakan hari dengan doa. 
moga berkat bersama dalam urusan harian
Mencari redha Allah. Jaga urusan akhirat, urusan dunia akan jadi baik.

Islam Itu Indah
Prof Muhaya
Ikim.Fm

Nur Imtiyaz
Lab 211 Chem Sch
USM Penang

Sunday, September 2, 2012

Kembara Pagi

Bismillah.

Alhamdulillah, hujung minggu ahad berkesempatan 'outing' bersama sahabat
ke Botanical Garden, penang.
berjalan sambil melihat lukisan alam dan bergambar bersama.
pagi yang sejuk dan tenang.
sangat sesuai untuk mengembalikan minda segar !











Hargai masa kerna masa itu amanah.
Hargai umur kerna umur itu satu anugerah dan peluang.

sebelum memberi, kita harus memiliki.
selagi punya kita, selagi itu harus berkongsi.

" Rindu itu satu tarbiyyah bagaimana kita menghargai sebuah ukhuwah "

Nur Imtiyaz
Desasiswa  Tekun USM



Saturday, September 1, 2012

Lihat Dan Fokus

Bismillah

1 september 2012

Hari ni pendaftaran pelajar2 baru tahun 1 di usm penang.
kereta dah memenuhi ruang parking seawal 7am lagi.
semangat!
pastinya ibubapa yang hadir untuk hantar anak mereka
sedang bergembira dengan kejayaan anak2 

begitulah aku 5 tahun yang lalu ! Alhamdulillah.

memandang dan fokus pada yang positif.
minda juga akan ikut serta positif.
ditambah pula dengan kata2 yang positif.
boleh jadi semua perkara menjadi positif.


hati tenang dengan zikrullah
jiwa damai dengan zikrullah
bersangka baik dengan Allah
mohon ampun selalu dengan Allah.

melihat rakaman LASIK Prof Muhaya bersama Ustaz Zahazan
telah memberi aku semangat 

How to work 4 Allah
How to think positive
How to think well

Alhamdulillah !

Nur Imtiyaz
Chemistry Lab USM

Monday, August 13, 2012

Lailatul Qadar

Dengan Nama Allah

ya Allah, permudahkan bagi kami untuk bertemu dengan lailatul Qadar.
permudahkan jalan bagi kami untuk bangun dan manfaatkan malam itu
dengan mencari keampunan dan keredhaanMu.

Tiada daya melainkan dengan kehendak Allah


Allah akan memberi anugerah malam itu kepada hamba2-Nya yang berusaha
dari awal Ramadhan hingga ke akhir nya. Insha Allah

seorang pelajar yang berusaha bersungguh2 dari awal sem
dengan izin Allah, pelajar itu pasti mendapat lulus dalam peperiksaan akhir. !

begitu juga dengan para pencari malam al-Qadr.
siapa berusaha dari awal untuk manfaatkan sepertiga malam2 Ramadhan
insha Allah, Allah buka jalan baginya untuk menikmati lailatul Qadr.

Firman Allah yang Maha Pengasih
dalam surah Al-Qadr.



1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Tenang bila baca ayat ini
di pertengahan malam yang dingin
saat itu, masa terbaik untuk berzikir dan beristigfar.
saat itu, saat paling manis masa kita dengan Allah
Allah terus menerus akan menyaksikan hambaNya yang bangun pada setiap malam
sungguh Allah kasih kepada hambaNya.

berdoalah kepada Allah
mohon ampun kepada Allah
selagi masih ada ruang dan peluang untuk beristigfar.

semoga amal kita semua diterima.
dan Insha Allah mendapat ijazah Taqwa sempena Ramadhan 1433H

Nur Imtiyaz
Desasiswa  Tekun
USM Penang

Wednesday, August 8, 2012

Rahmat Ujian

Bismillah


Hidup adalah untuk diuji. 
Ujian itu tidak akan ada hentinya. 
Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. 
Jadi bersyukurlah… 

Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. 
Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. 

Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. 
Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. 
Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…



Tidak ada hari tanpa diuji, 
kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. 
Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… 
dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. 
Hakikatnya, 
apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna. 

Genta-rasa.com

Nur Imtiyaz
Lab 211  Chem Sch USM

Thursday, July 26, 2012

Ketenangan Ramadhan

Dengan Nama Allah
Selawat Atas Muhammad Saw




Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah 
diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. 

Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah 
daripada bau haruman kasturi. 

Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka 
sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari 
dan kemudian berfirman kepadanya:

 "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat
 akan meninggalkan segala halangan-halangan 
yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda 
mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan 
pada bulan-bulan selain Ramadhan. 

Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.

" Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya:

 "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" 
Dijawab oleh Rasulullah SAW: 

"Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi
 balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Sumber DarulNuman

Nur Imtiyaz
Uptown Mall
USM Pulau Pinang

Friday, July 20, 2012

Cahaya Ramadhan

Bismillah

Alhamdulillah, hari jumaat hari yang tenang.
sementara menanti waktu zohor, mungkin ada yang menghabiskan
kalam2 terakhir surah al-Kahfi. atau mungkin juga yang sedang berselawat dan berzikir
sambil berjalan menuju ke masjid bagi muslimin.

tulisan dakwah mekar di minda dan mata yang membaca
semoga terus mendapat Rahmat dan HidayahNya


Hari ni masuk 1 Ramadhan 1433H
rasa seronok dapat berkongsi bersama sahabat dan keluarga 
perasaan
gembira dan syukur dalam menyambut 
bulan yang mulia ini

Allah telah berfirman :


mungkin ada yang membeli telekung dan baju melayu baru sempena Ramadhan ini.
Alhamdulillah...
persiapan juadah dan bertukar2 juadah buka puasa bersama jiran dan sahabat
menjadi tradisi terutama di kampung2...meriah..sungguh bahagia
bertaaruf dan berukhuwah bagi yang berbuka di masjid/surau


Dekstop pc/laptop hari ini ditukar kepada 
Ramadhan Background
supaya tenang dan senyum bila melihat nya.
satu tazkirah juga Insha Allah



bulan ibadah bagi semua hamba Allah
Insha Allah memperoleh keberkatan sepanjang Ramadhan
dan
bulan2 seterusnya

Nur Imtiyaz
Lab 211 Chem Sch USM


Tuesday, July 17, 2012

Pengasihnya Allah

Bismillah


Betapa kasihnya Allah kepada kita dapat diperhatikan
dalam tuntutan perkara-perkara fardu.

Perkara Fardu Yang Sedikit

Solat wajib sebanyak 5x sehari sahaja, 
malah ia boleh dikurangkan dan dihimpunkan mengikut keadaan

Pembayaran zakat sekadar 2.5% sahaja daripada harta, bukan 25%

Pelaksanaan puasa selama sebulan dalam setahun, siang hari di bulan ramadhan
dan dibenarkan berbuka puasa pada waktu malam


Perkara Fardu Yang Mudah

Mengerjakan solat fardu mudah kerana bilangan rakaat yang tidak banyak 
dan tidak mengambil masa yang lama

Mudah dan menguntungkan dalam pelaksanaan solat kerana mendapat
manfaat fizikal [kerehatan badan] dan rohani [ketenangan hati]

Berpakaian dengan apa2 jua pakaian selagi mematuhi ketetapan syarak


begitulah sifat ibadah fardu yang memudahkan umat Islam. 
selain mudah, ia juga mempunyai
manfaat dan kebaikan untuk diri dan masyarakat.

-Solusi 40-

Nur Imtiyaz
Uptown Mall USM

Friday, July 13, 2012

Sahabat Al-Quran

Bismillah

Alhamdulillah
7 hari lagi nak sampai bulan Ramadhan
Allahumma balligna Ramadhan
Amin


Sebuah pertolongan adalah sebahagian daripada kesenangan
dan sebuah pengorbanan  atas nama Allah
adalah sebuah kebajikan untuk hati, diri dan orang sekeliling

kata sahabat - hidup ini berpandukan Al-Quran dan Al-sunnah
hidup  bermanualkan Al-Quran
sejauh mana usaha kita dalam mencari dan mendalami makna
dan kefahaman isi kandungan Al-Quran
itu bergantung kepada setiap individu
bagaimana mereka dan kita  memandang kepentingan Al-Quran 

mungkin
ada yang sekadar membaca selepas maghrib dan subuh
ada juga setiap selepas solat 5 waktu
ada juga sekadar mampu membeli Al-Quran yang cantik
dan mugkin ada juga yang hanya mampu meletakkan Al-Quran di tempat yang tinggi
tanda hormat (",)

Mencari posisi...
Dimanakah diri kita dengan Al-Quran
sejauh mana keakraban kita dengan Al-Quran

bersempena bulan Ramadhan  tak lama lagi
bersahabat lah kita dengan Al-Quran
semoga usaha dari sekarang dapat menghasilkan anugerah Istiqamah
kita bersama Al-Quran walaupun selepas ramadhan nanti

Dengan Nama Allah
Dengan Izin Allah

semoga Allah Bersama


Nur Imtiyaz
Uptown Mall USM
Pulau Pinang

Friday, June 29, 2012

::Pesan Untuk Hati::

Dengan Nama Allah

Alhamdulillah, syaaban hadir tanpa sedar
tanda Ramadhan semakin berhampiran
biarlah kegembiran menyambut Ramadhan 
mengatasi kedatangan syawal
mudahan.

Hari ini 9 syaaban 1433H
masih berpeluang untuk berpuasa sunat syaaban
selagi masih bernyawa

saat paling indah 
bila dapat berbicara dengan Allah
merayu merintih dan berdoa terus
Allah Maha mendengar doa-doa orang yang berdoa



saat paling bahagia apabila dapat berbakti
kepada kedua ibubapa
biarlah kehidupan mereka di usia senja
diwarnai dengan senyuman tenang
semoga kita adalah anak soleh/solehah

saat paling rugi apabila kita sedar
Hidayah Allah telah menyapa
tapi, kita masih tidak ambil peduli
masih mencari keseronokan dunia
semoga kita bukan dalam golongan rugi

indah kalau masa itu boleh berpatah balik
hanya kata-kata kosong
menyokong perasaan hati yang sering lalai dengan dunia dan isi nya
lebih cemerlang, jika setiap saat detik masa berlalu itu
dilalui dengan rasa syukur.....ibadah...dan zikrullah

coretan kasih buat diri
dan semua yang membaca dan terbaca secara 
tidak sengaja dan bersahaja.

semoga Allah bersama
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...