sahabat

Thursday, December 31, 2009

::kalau::


Ucapan Salam Buat semua
Pembaca yg diredhoi Allah..

Hadis sahih muslim
Daripada Abu Hurairah ra
Katanya Rasulullah bersabda:


Orang mukmin yang kuat
Adalah lebih baik
Dan lebih dikasihi Allah
Daripada orang mukmin yang lemah.


Masing-masing mempunyai kebaikan.
Bersungguhlah dalam
Mengerjakan sesuatu yang berguna
(di dunia & akhirat)






Dan hendaklah selalu
Meminta pertolongan kepada Allah
Dan jangan berasa lemah
Yakni putus harapan
Atau merasa hampa

Jika engkau di timpa sesuatu
Janganlah berkata

“Kalaulah aku berbuat demikian
Tentu aku akan jadi begini
Atau begitu”


Akan tetapi katakanlah


“Takdir Allah dan Allah
Berbuat sekehendakNYA”





Sesungguhnya perkataan
“ kalaulah”
Hanya membuka jalan bagi syaitan
Untuk berbuat sesuatu.




"Allah bersama orang-orang bersabar"

Wednesday, December 23, 2009

::kelahiran adik baru::



Salam buat pembaca yg
dirahmati Allah..
Selawat & Salam keatas
junjungan mulia
Nabi Muhammaad s.a.w.

Alhamdulillah..perkongsian pd kali ini
adalah rs syukur sy kepada yg Maha Esa
di atas pemberian kpd keluarga sy
seorang lg aDik perempuan
yg kini telah berusia 6 hari...




Tepat jam 12.30a.m
16 disember 2009..
adik selamat dilahirkan
di
Pusat Perubatan Islam Ar-Ridhuan
Ipoh Perak...
Alhamdulillah adik & ummi
keduanya sihat....


adik oh adik...
walaupun adik sgt ringan 2.4 kg..
tp, adik ni kuat..
setakat yg sy tgk..
adik sgt aktif bergerak sana~sini..
alhmdulillah kurnia Allah
kpd adik..
kain lampin balut bdn adik
mst tebukak hehe..
kaki dia agresif!!! huh...




Hadirnye adik..
membuat hidup kami bertambah bahagia..
setelah 12 tahun, 
ummi 'berehat'
tiba2 rezki dari Allah ummi mengandung..
frst time sy tau..
sedikit terkejut..ms tu cm blurr..
yela last sy dpt adik ms sy
darjah 3...
skrg sy berusia 20thn...
syg nye sy kat adik
hari2 mst tenung wajah adik
dgn penuh kasih syg...



Alhamdulillah adik dah pn ada nama..
Nur Batrisya Binti Abd Rani..
yg bermaksud
cahaya cerdik pintar..
semoga Allah berkati
nama adik...Amin..
wasssaalaaaaam

'Kehadiran Adik Berkat Dari Ilahi'
Thank you Allah

Thursday, December 10, 2009

::RenungAn SaNuBaRi::





Sayidatina Aisyah r.a sedang menjahit pada suatu dinihari. Tanpa disengajakan, tiba2 jarum terjatuh ke lantai. 


Kebetulan pelita pula terpadam. Menjadi gelaplah ruang bilik itu.. Bagaimana hendak mengambil jarum itu kalau dlm keadaan gelap..Jika tersalah pegang mungkin jari akan tertusuk jarum..


sebentar kemudian Rasulullah masuk ke bilik itu. Serta-merta bilik yg gelap itu menjadi cerah, diterangi cahaya yg terpancar dari badan & wajah baginda..







Dengan bantuan cahaya mukjizat itu, sayidatina Aisyah dpt mengambil semula  jarum yg terjatuh ke lantai..


" Alangkah terangnya wajahmu wahai Rasulullah" ujar Sayidatina Aisyah.

" Malanglah bg sesiapa yg tidak dpt melihatku" balas Rasulullah.

"Siapakah yg tidak dpt melihatmu?" Tanya Sayidatina Aisyah.

" Orang Bakhil" jawab Rasulullah ringkas.

" Siapakah orang bakhil itu?"

" orang bakhil itu ialah orang yg tidak berselawat keatasku ketika namaku disebut"
 jawab Rasulullah...






Sebagai hamba Allah dan Umat Nabi Muhammad S.A.W kita hendaklah banyak berselawat ke atas junjungan baginda. Orang yg banyak berselawat kepada Nabi s.a.w berhak mendapat syafaat di akhirat kelak.


..Basahi lidahmu dgn berselawat..

Sunday, December 6, 2009

::Tabahkan Hatimu::


Salam untuk semua..
Mulakan dgn Nama Allah..
Akhiri dgn memuji Allah..
Moga daLam Rahmat Allah..


Setiap manusia yang Allah cipta 
sentiasa akan diberi musibah
ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.  
Allah menguji seseorang itu kerana 
Allah  mempunyai rahsianya tersendiri
sama ada Allah hendak tambah iman kita 
atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. 

Ujian itu adalah tarbiyyah dari Allah
utk mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan 


Allah Maha Pengasih.. 
jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. 
Marilah kita sama-sama  
cungkil  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan.

 Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. 
Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, 
mengakui diri sebagai hamba yang lemah, 
mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolonganAllah, 
merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. 
Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji.



 Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah,
 maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. 
Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. 

Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu.
 Bukan untuk menghinakan kita 
tetapi untuk memberi
ingatan supaya kita bertaubat. 




"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, 
pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad 
di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
 (Surah Al-Imran:142)



Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, 
yang memegang hati-hati kita. 
Disamping berdoa 
perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. 
Mungkin ada yang rasa diri mereka
 tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! 



Usah tewas dengan hasutan syaitan, 
cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. 
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. 
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan 
kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa yang Allah mahukan
kebaikan untuknya
nescaya
Dia akan mengujinya
dengan kesusahan"

(Riwayat Al-Bukhari)

BiLa EnGkaU LeTiH & hiLaNg smAnGat, 
ALLAH tAhU bEtaPa EnGkaU TeLah mEnCubA sDayA uPaYamU,
BiLa taNgiSaNmU bErPanjAngAn & hAtimU dLm keDukaAn, 
ALLAH mEnGiRa sTiAp TiTisAn aIR maTamU,
BiLa EnGkaU meRasAkaN HiduPmU KetiNgGaLaN & mAsA TeLaH mEniNgGalkAnmU,
inGatLaH ALLAH mAsiH TeTaP diSiSimU..

Friday, December 4, 2009

::SeGeLaS Air Di meDaN PeRaNg::






Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.

    Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.

    Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.



Abu Jahim bercerita. 
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. 


Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. 


Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.


    Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. 


Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.

    Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.

Monday, November 30, 2009

::BiNgkiSan NuRaNi::




Ya Allah..
Pencipta langit dan bumi..
Yang mengetahui yang ghaib dan yang terang..
Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan..
sesungguhnya aku mengamanatkan janji kepadaMu di dalam kehidupan dunia ini..

Dan aku saksikan kepadaMu, cukuplah Engkau sebagai saksi..bahawa sesungguhnya aku bersaksi tiada Tuhan selain Engkau yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiMu..

Dan bahawa sesungguhnya junjungan kita Nabi Muhammad
 adalah hamba dan rasulMu..Aku bersaksi pula bahawa sesungguhnya janjiMu adalah haq..bertemu juga adalah haq..syurga yang kamu sediakan untuk hambaMu yang patuh juga haq..neraka yang akan membakar orang2 yang kafir dan ingkar kepadaMu, pasti nyata..

Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan tiba dan tidak diragukan lagi..dan Engkaulah membangkitkan semua orang di liang kubur..sesungguhnya Engkau jika menyerahkan jiwaku kepadaku, bererti Engkau menyerahkannya kepada yang lemah..yang cela dan yang berdosa..dan yang keluputan..

Padahal aku tidak mempunyai kekuatan, kecuali dengan curahan rahmatMu..kerana itu ampunilah dosa-dosaku semuanya, dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang..

.:Doa Berserah Diri:.

Sunday, November 29, 2009

::Dahi ceCah ke SeJaDah::






Salam kepada pembaca yang dirahmatiAllah...dgn lafaz Bismillahirahmanirrahim....kita mulakan dgn niat yg suci..berfikir sejenak..apakah sudah cukup bekalan kita ke negeri abadi..sebagai manusia sering terleka tnpa disedari..apakah solat kita diterima Allah selama ini...mari kita renung bersama mengenai 'khusyuk dlm solat'

Semakin hari negara kita menuju kearah kemajuan, kebanyakan kita telah pun menyedari tentang hakikat islam dan pengislaman. Masing2 berlumba menuju kearah kebaikan..mendalami ilmu2 islam seterusnya mengaplikasikan amalan2 islam utk memantapkan lg tahap keimanan..

Kita membenarkan bhwa kebanyakan di kalangan kita mengerjakan segala suruhan Allah "Amar Ma'ruf Nahi Mungkar" dgn mengerjakan solat. Apakah kita tahu bhawa adkah solat itu mencapai tahap solat yg seharusnya dikerjakan oleh setiap insan yg bergelar insan kamil?





Adakalanya kita melihat org solat bagaikan ayam mkn padi, belum sempat kepala menempel di tempat sujud telah bangkit kembali & tergopoh-gapah. Adakah mereka itu khusyuk? Sudah pastinya tidak. perkara penting dlm solat ialah bacaan surah Al-Fatihah..sebutan nya kena betul..tidak boleh baca dgn laju...pasti tercicir sebutannya. Cara terbaik utk memastikan bacaan kita betul adalah dgn memperdengarkan bacaan kita dgn sahabat (tasmi')

Pernah suatu ketika dahulu terdapat di dalam sebuah majalah di Indonesia "panji masyarakat" yg ditulis oleh seorang Ulama yg terkenal iaitu Prof Hamka. Seorang hamba Allah bertanya kepada beliau bagaimankah cara untuk mencapai solat yang khusyuk. prof Hamka menjawab "Aku sendiri sedang mencari kaedah untuk mencapai solat yg khusyuk".

"jangan tergesa-gesa mengkomat-kamit bibirmu lantaran ingin cepat menguasai bacaannya. Kami akan simpan dalam ingatanmu dan akan Kami tetapkan bacaanya dari mulutmu. Setelah selesai Kami bacakan barulah kami membacanya" (Al-Qiamah:16.17.18)

Bersama kita muhasabah diri..solat itu bukan sekadar perbuatan luaran shaja..tapi..dalaman...ikhlas melakukannya demi mencapai mardhotillah..

::KiSaH ReMaJa::


Salam alaik..semoga hari ni lebih baik dri smalam...nak buka alkisah tentang remaja..kalau ckp pasal remaja..mst terfikir remaja skrang da teruk..seolah-olah xda dah remaja yg baik2..yela..mungkin da jadi majoriti remaja xbape nak elok zaman la ni.....tapi,pd hakikat nye ramai lagi remaja skarang yang bergelar mujahid islam...pejuang muslimin& muslimat..mungkin kita je yg xnmpak...

usia remaja merupakan usia agresif dlm semua aspek kehidupan. Antara tabiat biasa yang ada pd seorang remaja ialah inginkan kebebasan, tidak mau dikongkong, ego, kreatif, emosional, inovatif, sensitif, cepat marah, suka melawan, pendek fikiran, terlalu inginkan keseronokan dan kegembiraan..

Tabiat2 ini kalau tidak dilentur sebaik mungkin pasti ia akan menjurus kepada kerosakan. sebaliknya jika tabiat2 itu digilap, dilentur dan diasah secara yg terbaik sudah tentu ia akan menjadi seorang dewasa yg berjaya..Rasulullah bersabda dlm hadisnya:

"sesungguhnya aku diutuskan oleh Allah untuk menyempurnakan akhlak yg mulia"

Hadis ni menjelaskan kepada kita betapa pentingnya peranan akhlak seorang insan. Lebih2 lg akhlak seorang remaja yg penuh dgn sifat agresif. Oleh itu, utk melentur akhlak yg mulia ini, islam sgt menitikberatkan soal pendidikan akidah mengenal Allah, ibadat & akhlak, rohani & jasmani, jiwa & pemikiran..

kalau dikaji semula..punca kepupusan nilai murni dlm kalangan remaja skrg ialah bermula drpd ponteng skolah, dadah, pergaulan & seks bebas, merokok, lari dr rumah, pergaduhan & jenayah. saban hari ada saja berita tentang gejala ni yg tidak menunjukkan ada tanda2 smakin reda. Bahkan semakin teruk dan melampau.

Kalau dahulu didapati mereka yg runtuh akhlak kebiasaannya melibatkan golongan yg tidak berpelajaran sja, tp kini ia menular kpda golongan yg berpelajaran termasuk penuntut2 yg bergelar 'MAHASISWA' yg berilmu akademik sgt baik...tp syg....nafsu lebih menguasai diri mereka..kalaulah ini berterusan tnpa ada usaha untuk menyelesaikannya, apakah nasib anak bangsa & agama sepuluh tahun akn dtg.....

Renungan bersama:

"Dan setiap nasib buruk yang menimpa kamu adalah disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Tuhan memaafkan sebahagian besarnya" (As-Syua'ra:30)

Thursday, November 26, 2009

::PerjuaNgan IsLam::




Bersatulah wahai ummat islam
Dalam merperkasa islam sedunia
Dengan semangat jati diri yang tinggi
Niat di hati seikhlas sanubari

Perjuangan islam pasti diteruskan
Berpandukan sejarah islam yang gemilang
Dengan obor sinar kebahagiaan
Biar syahid di medan perjuangan

Berilmu beramal dan berjihad
Bertaqwa pada yang Esa
Itulah pegangan seorang mujahid
Dalam memayungi islam seluruhnya

Berjuanglah di jalan Allah
Dengan matlamat kemenangan islam
Berkorbanlah jiwa dan raga
Suburkanlah iman di hati

Marilah kita bersatu hati
Membimbing ummah ke medan siasah
Dengan panduan Al-Quran dan sunnah
Menyuburkan lagi sinaran Nur Islam.

Hasil Nukilan: Nur Imtiyaz 2009

Wednesday, November 25, 2009

::WaNiTa SoLeHaH::

Malam ni..akak ngan adik2 sume da tido..tp awal lagi...diorang mmg suka tdo awal..hmm..sy blum ngntuk lagi..jam baru kul11...cam awal lagi nak tdo...sedang sy asyik berfikir..tiba2 abah balik dari jumpa rakan seperjuangannya..sy pun bangun tolong bukak kan pintu..soalan petama abah "yang len da tdo ke"? sy pun jawab "dah" sambil tersengih hehe........abah tu nmpak sonok je..mst ade pape tu..huhu ok la....

sebenarnya nak berkongsi cite pasal tajuk kat atas tu..baru ni ada la baca buku tajuknye personaliti muslimah idaman....sy sedang mencari sinar wanita solehah..sbb tu bace buku tu,,,mudahan Allah membantuku dalam hal ini....amin.............




solehah adalah setinggi-tinggi taraf wanita yang patut menjadi idaman setiap personaliti muslimah. personaliti wanita solehah peranannya bukan sahaja berkaitan hubungan dengan Allah sahaja, tetapi merangkumi bidang keluarga dan masyarakat.

ciri2 wanita solehah boleh dilihat dalam firman Allah:

"kerana wanita yang solehah adalah wanita yang taat beribadat kepada Allah dan taat kepada suaminya, sebagaimana Allah telah menjaga dirinya"
 (An-Nisa :34)

keseluruhan tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan...di zaman sekarang susah sangat nk jmpa wanita yang btul2 mnjaga auratnya...alasannya sume da moden..baju pun da moden..x maen la pakai baju besar2 ni....nnt rimas la..dan mcm2 lg...itulah pndgan remaja skrg...cm ne nk btul kan pandangan mereka ni ye...bkn jauh pn..kwn2 rapat sy jugak~~
ya-Allah berilahku kekuatan dlm berkongsi ilmu dgn kwn2......

sabda Rasulullah:

"orang2 prmpuan yg berpakaian tetapi seperti telanjang, meliuk-liuh badan dan rambutnya,mereka itu tidak akan masuk syurga,tidak akan mencium bau syurga,padahal bau syurga itu dapat dihidu dari jarak yang amat jauh" (Riwayat Muslim)

Di zaman sekarang..zaman akhir zaman, ramai wanita2 ambil ringan tentang aurat mereka...pegi kuliah msh pakai tudung..tp.bile p cafe..tudung ilang jap...konsep ape tu...sedang mreka tau rmbut tu aurat...hmmm....semoga Allah memberi petunjuk hidayah kpd mereka~~

ciri-ciri wanita solehah ialah pakaian mestilah menutup aurat...pakaian hendaklah tidak terlalu nipis dan biarlah longgar. tidak ketat dan sempit. Tidak menampakkan bentuk tubuh. pakaian juga hendaklah berwarna gelap dan suram supaya lelaki tidak bernafsu melihatnya..tp sy suka wane pink..adeyh~~

selain daripada tu..pakaian wanita islam mestilah tidak menyerupai pakaian wanita bukan islam dan juga tidak menyerupai pakaian lelaki....dan pakaian tu bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah..setiap apa yang kita lakukan biarlah ikhlas dan hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata....

hanya sedikit perkongsian bersama..sama-sama kita menjaga martabat kita sebagai seorang wanita solehah....

Monday, July 6, 2009

::kiSaH seBiji LiMau::

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. 


Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.
 Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. 


Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. 
Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. 


Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. 


Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW.

Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. 


Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu.


 Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...