sahabat

Tuesday, April 13, 2010

:: Layar Keinsafan ::





Saat ini aku termenung kesedihan
Menyendiri...
Memerlukan waktu untuk bermuhasabah
Menghitung segala kekhilafan yang lalu
Memohon ampunan kepada Allah

Baru ku tersedar
Setiap masalah, kesedihan dan dugaan
Yang menimpa diri kita
Adalah satu cara Allah menegur segala
Kesilapan kita


Sampai bila kita terus hanyut dalam kelalaian
Tersenyum gembira kerana tiada masalah
Wajarkah seseorang itu hidup hanya
Untuk bergembira
Bila di timpa musibah..

“marah, geram, membebel, merungut”

Sedikit pun tidak terfikir
hidup ini hanya sementara
akhirat itu negeri abadi
Dan kepada Allah kita semua akan kembali

"Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik baik 
dan (bencana) yang buruk buruk,
 agar mereka kembali (kepada kebenaran)."
(Al A'raf 7:168)


Terkadang apa yang kita minta
Allah tidak perkenankan
Kerana Allah lebih tahu apa
Yang terbaik untuk kita

Kadang-kadang aku terfikir
Aku sering dalam kelalaian
Bertemu sahabat, berborak, bergelak tawa
Sampai terlupa dan leka..
Adakah ini yang ku ingin kan..

Tidak..aku ingin kan ketenangan..
Aku cuba untuk jauhkan diri dari kealpaan
Tetapi, diri ini masih lemah
Memerlukan insan yang sentiasa
Mengingatkan aku tentang
Keinsafan


Sukar bagiku untuk mencari
Ketenangan yang sebenar..
Aku memohon kepada Allah
Moga tunjukkan aku
Jalan menuju syurga

Ya Allah ampuni segala dosa ku,
Dosa ibubapa ku
Adik beradikku
Keluargaku
Sahabat-sahabatku
Para pejuang islam
Para pendidik ku
Para pemimpin yang adil

.:Pertemukan kami di syurga Mu amin:.

1 comment:

nunama said...

salam..
betul tuh..
dugaan tanpa disangka2..
berfikirlah..
jika kita senang enak bercanda bergurau senda,
akan ada sesuatu disebaliknya..
cepat2lah beristighfar..
huhuh.. semoga kita mampu menghadapi dugaan ini..
"Allah xkan membebani seseorang itu melenkan sesuai dengan kesanggupannya"..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...