sahabat

Tuesday, December 14, 2010

::KoMuNikaSi::

Dengan Nama Allah..
nanti kerja carilah majikan orang islam
supaya kita dalam ketenangan Nur Islam.
tak mudah dipijak
tak mudah ditipu
DAN
tak mudah ditindas

projek tahun akhir dah hampir siap
tapi ada lagi salah.
hantar-salah-hantar-salah
SABAR
bila nak betul agaknya

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima 
tekanan hidup kerana tidak ada 
satu bencana sama ada kerana terkena duri 
atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan 
melainkan Allah 
akan mengangkat darjatnya satu darjat 
dan menghapuskan satu 
kesalahan dengan kesabarannya 
menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”


Riwayat al-Hakim


semua orang dah berangkat pulang ke kampung
halaman masing-masing
sunyi di sini.

ambil keputusan pulang ke rumah
sebab 
komunikasi kurang berkesan
sebab saya ada dua ketua
orang lain satu je
saya jadi pening
tapi ini lah dugaan nya
SABAR

dalam sesuatu organisasi pastikan
hanya ada satu ketua
barulah organisasi itu berjaya
kalau dua memang pening
jadilah masyarakat berwawasan -__-


saya selalu sabar dengan awak
disebabkan awak DITUGASKAN untuk bantu saya
saya hormat awak
tapi awak belum masuk islam
awak memang pandai
tapi awak hormat lah saya juga
bila saya tanya
saya tak pernah dapat jawapan yang
memuaskan
saya pun tak faham


ya Allah....aku tak putus berdoa
mohon petunjuk....
ILUVCHEMISTRY
tapi terasa macam dah tak suka
ALLAHUAKBAR

pesan abah:
kalau takda tekanan
mesti kita akan duduk diam(malas)
jadikan stress itu satu tapak
untuk kita terus bergerak ke hadapan.
dalam kita berjuang pasti ada rintangan
ALLAH sentiasa bersama orang yang
SABAR

ya Allah tenangkanlah hatiku
dengan ketentuanMU

projek akan disambung sem depan
INSYA ALLAH
semoga dimudahkan semua.

::Solat dan Doa::

3 comments:

sitifatinms said...

go go go power rangers
go go go cik umaiii
:D

Kryptonite Merah said...

insyaAllah sume ok..
tabahkan hati ya!
xkan nk putus di tgh jln..??
be strong muslimah.. hee~~

nunama said...

alamak!
xmola dah tak suka chem.
huhu.
insyaAllah.
renungi dan fahami maksud Surah Al Insyirah ye teman.
"Di setiap kesulitan, pasti ada kemudahan."

InsyaAllah. Allah always by your side. U can do it!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...