sahabat

Saturday, September 10, 2011

::Berkat DOA dan SABAR::


Dia seorang mahasiswa...

Setelah lama bercuti semester, tibalah masa untuk berjuang 
semula di gedung Ilmu. Alhamdulillah Allah mudahkan rezki untuk
terus berada di dalam majlis Ilmu.

Setibanya di kampus, terus menuju ke dewan pendaftaran asrama
terfikir sejenak kenapa begitu ramai manusia
adakah masih ada tempat untuk aku.

bersama teman seperjuangan, teruskan mengisi borang dan
hantar.

>>>di meja kaunter asrama<<<

"maaf dik, asrama dah penuh, jadi kami letakkan
awak dalam senarai menunggu"


subhanallah, mana nak letak beg besar ni,
mana nak cari tempat berteduh,
ya Allah terasa begitu teruji
masih mampu tersenyum kerana Allah ada untukku

Hingga menjelang zohor, aku berwudhuk lalu
menunaikan solat dan berdoa semoga Allah mudahkan urusanku
 diterima untuk mendiami hostel,
bukan mudah untuk 'menumpang di tempat orang'

selesai solat, dengan berbaki tenaga yang ada, aku
meneruskan langkah, menebalkan muka, memutarkan
semangat, walau dimarahi, aku berkata SUBHANALLAH
jika layanan pihak pengurusan hanya bergred D+
tapi, masih aku mampu tersenyum sabar.


Akhir nya, ikhtiar terakhir, tawakkal
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan ku dengan 
seorang pegawai asrama, 
dengan mudahnya beliau membenarkan ku untuk
menetap di hostel itu buat sementara waktu.
ALHAMDULILLAH!!!

urusan aku dgn beliau sungguh tenang, tanpa suara, tanpa
bermasam muka, sungguh menyenangkan

"Aku berdoa semoga Allah membalas jasa-jasa orang-orang yang
ada sifat kasih sayang dan perihatin sesama manusia
dengan sebesar2 nikmat"

::Nur Imtiyaz 10 sept 2011::

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...