sahabat

Saturday, March 24, 2012

::Binaan Yang Kukuh::

 

Dengan Nama Allah

Selamat hari sabtu..hari cuti yang indah..bersantai sarapan bersama rakan sebilik
namun, bukan bermakna hari cuti hari tidur semalaysia, masih ada tugas menanti di sana
di lab terchinta....

Satu gerakan semuanya kuasa Allah..ya pasti !

aku rindukan zaman sekolah dahulu
selalu dalam kelas...cikgu suka buat teka-teki
siapa dapat jawab...boleh balik awal
siapa dapat jawab..boleh duduk dulu

aku selalu nak balik awal...dan aku juga suka kalau dapat duduk awal
maka aku pun cuba untuk jawab
demi mencapai matlamat balik/duduk awal dari kawan-kawan ^^

Cikgu juga selalu bagi kerja sekolah. 
dan siapa dapat hantar awal atau buat dengan betul
cikgu akan tambah markah bonus

aku suka nak dapat markah bonus
nanti markah itu dapat membantu aku dapat gred yang baik pada
peperiksaan akhir nanti

satu peluang bukan...?? =)

Bila aku dah besar dewasa seperti sekarang
aku selalu dapat ilmu baru
terutama dalam usrah
aku bersyukur sebab Allah pilih aku untuk dapat berfikir dengan baik
syukur Alhamdulillah

aku berfikir sendiri..kelihatan sendiri dengan dua mata ini
melihat sahabats yang begitu rajin menyiapkan tugasan daripada pensyarah

aku terkenang dan berfikir lagi.
kenapa dia begitu rajin...mungkin dia nak dapat markah yang baik
mungkin dia nak jaga pointer bagi cantik setiap semester
sebab aku pernah rasa itu di zaman sekolah dahulu

namun, bila azan berkumandang. dia masih menulis tugasan
tiada tanda2 untuk berhenti solat sebentar

aku terus menanti..menjaga waktu solatnya
Alhamdulillah..akhirnya dia berhenti juga untuk solat
aku senyum ^^

sewaktu solat. kurang 5 minit dia berjaya habiskan solat 4 rakaat
aku terkejut seketika
hati sayu memandang sahabat itu
mungkin ini satu peluang untuk berkomunikasi 
dengan mereka..Insha Allah

semasa buat tugasan begitu teliti dan khusyuk
dari pagi sampai petang setia pada meja studynya
disambung ke malam pula tanpa henti....
tiada rasa jemu....mungkin demi menjaga kualiti tugasan itu

Mahasiswa....haruslah bijak mengurus masa bukan?

Namun, sebijak mana pun kita, 
kalau solat itu mendapat tempat kedua selepas urusan dunia
belum cukup bijaksana...belum cukup rajin

jika kita selalu luangkan masa urusan dunia lebih lama dari urusan dengan Allah
maka kita belum cukup kuat.

Peringatan lebih kepada penulis

Jom kembali semula kepada objektif kita bernafas
bukan tiada langsung usaha untuk dunia
tapi, biarlah dunia dan akhirat itu berjalan seiring

Demi mencapai Redha Allah

Akademik nombor satu
bukan bermakna agama nombor dua

Insha Allah..kupasan menarik menanti
di majlis ilmu akan datang
semoga dimudahkan untuk hadir , amin

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...