sahabat

Friday, March 30, 2012

::Bakat atau Berkat::


Dengan Nama Allah
Maha Pemurah Maha Penyayang

Bakat sahaja tidak memadai.
berapa ramai orang yang berbakat tetapi tidak pandai menguruskan bakatnya

berapa ramai juga orang yang penat lelah mengasah bakat yang tidak penting.
malah, ramai juga manusia yang menyanjung tinggi bakat yang dimiliki insan lain
yang sebenarnya tidak mengandungi apa-apa erti pada nilaian Allah

Tetapi,

sedarkah kita, terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan tanpa bakat?

Islam sebagai cara hidup mengajar kita banyak perkara positif yang perlu
diserapkan dalam kehidupan harian kita

Antara perkara yang tidak memerlukan bakat bagi melakukannya
seperti menuruti perintah Allah dan meninggalkan laranganNya

Semua ini tidak perlu dipersoalkan sama ada kita mempunyai bakat atau tidak.
apa yang perlu ialah

Ilmu dan Mahu

Jadi, untuk menjadi manusia yang hebat,
memadai berilmu dan mahu mengamalkan ilmu tersebut

Tidak perlu difokuskan perhatian dan tumpuan kepada mencari bakat yang lain
daripada yang lain dan bersusah payah mengasahnya pula

Begitu juga solat subuh

perlukah bakat untuk mampu bangun?
jawapan nya tidak !

jika jiwa masih belum mampu mematahkan segala halangan untuk bangun solat subuh,
galilah fadhilat bangun awal dan solat subuh,

seterusnya
gunakan kuasa mahu untuk merealisasikannya.

Semoga keberkatan awal pagi mengiringi jam2 berikutnya dalam diari harian
seorang mukmin

Solusi 36

Sunday, March 25, 2012

::Teman Suka Duka::

 

Bismillah

Ada masa nya kita perlu bersama membina ukhuwah
ada masa nya juga kita perlu beruzlah
demi kemaslahatan diri dan semua
tapi jika selalu  dapat bersama dalam mengingati Allah 
itu lebih indah

Percaya dalam kehidupan ini semua pernah rasa suka duka

tapi
kadang2 perlu kita menjadi pendengar yang baik
selain daripada menjadi pencerita yang baik
mengadili hukum alam dengan ikhlas
pasti dapat menghasilkan sebuah ikatan yang tersimpul tenang

bersahabat kerana Allah pasti ada rasa kuat
jauh di mata, dekat di hati
itu benar jika betul pada niat
Insha Allah

satu ungkapan aku di ruangan majalah sekolah tahun 2005

"sebuah persahabatan adalah satu kepercayaan"
SARJANA 01-05

 

Saturday, March 24, 2012

::Binaan Yang Kukuh::

 

Dengan Nama Allah

Selamat hari sabtu..hari cuti yang indah..bersantai sarapan bersama rakan sebilik
namun, bukan bermakna hari cuti hari tidur semalaysia, masih ada tugas menanti di sana
di lab terchinta....

Satu gerakan semuanya kuasa Allah..ya pasti !

aku rindukan zaman sekolah dahulu
selalu dalam kelas...cikgu suka buat teka-teki
siapa dapat jawab...boleh balik awal
siapa dapat jawab..boleh duduk dulu

aku selalu nak balik awal...dan aku juga suka kalau dapat duduk awal
maka aku pun cuba untuk jawab
demi mencapai matlamat balik/duduk awal dari kawan-kawan ^^

Cikgu juga selalu bagi kerja sekolah. 
dan siapa dapat hantar awal atau buat dengan betul
cikgu akan tambah markah bonus

aku suka nak dapat markah bonus
nanti markah itu dapat membantu aku dapat gred yang baik pada
peperiksaan akhir nanti

satu peluang bukan...?? =)

Bila aku dah besar dewasa seperti sekarang
aku selalu dapat ilmu baru
terutama dalam usrah
aku bersyukur sebab Allah pilih aku untuk dapat berfikir dengan baik
syukur Alhamdulillah

aku berfikir sendiri..kelihatan sendiri dengan dua mata ini
melihat sahabats yang begitu rajin menyiapkan tugasan daripada pensyarah

aku terkenang dan berfikir lagi.
kenapa dia begitu rajin...mungkin dia nak dapat markah yang baik
mungkin dia nak jaga pointer bagi cantik setiap semester
sebab aku pernah rasa itu di zaman sekolah dahulu

namun, bila azan berkumandang. dia masih menulis tugasan
tiada tanda2 untuk berhenti solat sebentar

aku terus menanti..menjaga waktu solatnya
Alhamdulillah..akhirnya dia berhenti juga untuk solat
aku senyum ^^

sewaktu solat. kurang 5 minit dia berjaya habiskan solat 4 rakaat
aku terkejut seketika
hati sayu memandang sahabat itu
mungkin ini satu peluang untuk berkomunikasi 
dengan mereka..Insha Allah

semasa buat tugasan begitu teliti dan khusyuk
dari pagi sampai petang setia pada meja studynya
disambung ke malam pula tanpa henti....
tiada rasa jemu....mungkin demi menjaga kualiti tugasan itu

Mahasiswa....haruslah bijak mengurus masa bukan?

Namun, sebijak mana pun kita, 
kalau solat itu mendapat tempat kedua selepas urusan dunia
belum cukup bijaksana...belum cukup rajin

jika kita selalu luangkan masa urusan dunia lebih lama dari urusan dengan Allah
maka kita belum cukup kuat.

Peringatan lebih kepada penulis

Jom kembali semula kepada objektif kita bernafas
bukan tiada langsung usaha untuk dunia
tapi, biarlah dunia dan akhirat itu berjalan seiring

Demi mencapai Redha Allah

Akademik nombor satu
bukan bermakna agama nombor dua

Insha Allah..kupasan menarik menanti
di majlis ilmu akan datang
semoga dimudahkan untuk hadir , amin

 

Wednesday, March 21, 2012

::Izinkan Dia Terus Melangkah::

 

Bismillah...
Hari demi hari
masih belum ada jawapan
terus bermonolog sendiri
mendidik hati supaya sabar dan tenang

Mungkin seorang guru suka kepada anak murid nya yang rajin
yang suka bertanya kalau tak faham
dan sangat suka berjumpa bila ada masalah dalam pelajaran
mungkin lagi mesra jika hari2 berjumpa

satu kajian telah dibuat
namun kajian itu masih belum ada jawapan
mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin lama lagi
MASA....perlu MASA

Aku rela dengan perjalanan masa
tapi aku belum rela dengan desakan masa
biarkan masa itu berlalu dengan tenang
demi mencapai keikhlasan hati

Kalau rasa terpaksa, mana mungkin kita dapat rasa ikhlas itu

Bila resah begini
aku cuba untuk kembali kepadaNya
cuba untuk senyum
dengan setiap ketentuan Allah

Mungkin bukan jawapan yang dicari
tapi harus ada jalan penyelesaian yang bijaksana

Seorang chemist harus berjiwa tegar
bukan sekadar cakap
tapi dalam proses membina rasa itu

Insha Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...