sahabat

Tuesday, January 10, 2012

::Kasih Ummi::


 

Dengan Nama Allah

Setiap hari kalau cukup 5 waktu solat, maka 5x lah hadiah kita kepada
ibubapa kita yakni doa dalam setiap selepas solat.
doa itu kalau siapa masuk pasti, insha Allah ada lah dalam silibus.
maka nya dari kecil lagi kita telah diajar dengan doa
untuk ibu bapa kita.  walau mereka telah tiada di muka bumi, namun
tiada sebab untuk tidak terus berdoa untuk mereka.

Harapan seorang ummi adalah untuk melihat anaknya 
berjaya dunia akhirat.
anak soleh/solehah
anak yang berakhlak dan menghormati orang tua
anak yang mampu menjadi khalifah di mukabumi
anak yang bersedia menjaga mereka di hari tua

sesekali cuti semester, adakah kita memilih untuk tidur sampai tengah hari
adakah kita terus meminta2 menu masakkan dari ummi
atau minta dibasuh kan baju2 kita dari asrama
atau pulang ke rumah lebih eksaited untuk berjumpa sahabat lama
atau membiarkan ummi kita kerja sendiri di dapur.

cukup2 lah jasa ummi  pada kita sehingga hari ini
apa kata kalau balik bercuti di rumah, semua tugas ummi diambil alih oleh 
kita sendiri. kan manis kalau macam tu
sejuk hati ummi

inilah hasrat ku semalam, hari ni dan selamanya.
sayang ummi dan abah 


2 comments:

mujahidah1413h said...

terkedu jap.. nice sahring... may ALLAH bless ya ukhti..

Nur Imtiyaz said...

amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...