sahabat

Tuesday, January 3, 2012

::Terima Kasih::

Dengan Lafaz Bismillah
Dalam tak sedar, boleh jadi satu lafaz sahaja mampu membawa kepada manfaat
adakala nya juga mampu membawa kepada fitnah
yang dikatakan fitnah akhir zaman itu adalah fitnah yang berleluasa
sehingga ramai yang suka percaya kepada kisah yang tiada unsur benar
atau mungkin rencana dalam memesongkan akidah umat islam
maka, hati2 lah dalam berFacebook.
boleh jadi FB itu racun juga penawar.

Antara Hadiah buku yang dalam simpanan kini
Terima Kasih untuk tangan diatas.

 Ukhti Shafinaz Hamid - 2010
 Ukhti Nur Islah - 2011
Ukhti Adilah Mizan - 2011
 Usaha sendiri Alhamdulillah-2011
 Ukhti Adilah Mizan - 2011

Alhamdulillah sejak dua tiga menjak ni Allah kurniakan
satu hobi baru kepada penulis iaitu nikmat suka kan buku ilmiyyah
pada mula nya penulis begitu tidak minat untuk membaca
jika sebuah novel tu mahu setahun baru habis agaknya

Pernah satu ketika dahulu zaman sekolah menengah
virus cintakan novel pernah berleluasa seketika
maka saya juga terpengaruh seketika dan cuba untuk baca satu novel
pastinya alkisah novel tidak berpisah dengan soal cinta.
itulah sekali kali penulis membaca novel dan tak habis baca juga
sebab bosan mungkin *____^

Dan sekarang cuba untuk memupuk minat membaca buku ilmiyyah,
semakin hari semakin tenang dalam mencari ilmu
terutama dalam majalah2 yang menarik pengisian nya
juga buku2 yang tak begitu tebal
tapi padat pengisian nya.

Satu anugerah juga, kebanyakan buku2 ilmiyyah ini
adalah hadiah2 istimewa daripada sahabat2 sempena hari lahir

Demi menyahut seruan Firman Allah " IQRA"
maka insha Allah dimudahkan untuk terus membaca

Dengan mendapat hadiah buku telah
membuka tirai semangat untuk penulis membeli buku sendiri
supaya percubaan minat membaca itu tiada nokhtah hingga ke akhir hayat
amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...