sahabat

Monday, May 7, 2012

::Cahaya Silam::

Bismillah

Bumi mana tidak ditimpa hujan, manusia mana tidak pernah berdosa.
tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk
jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa
noda dosa

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat
pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan
daripada Ilahi


Jika dahulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia,
berpatah baliklah. 
Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara.

Jika zaman jahiliyyah, akal terasa kosong daripada ilmu dan
panduan untuk membezakan antara baik dan salah,
binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu
Al-Quran dan Al-Hadith

" Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini
mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap.
Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju
Ilahi sentiasa maju ke hadapan.
Moga dengan itu. kita menjadi insan terpilih
untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi "

-SoLuSi ' 38-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...