sahabat

Saturday, May 19, 2012

::Peluang Bersabar::

Bismillah

Hari ini aku diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri usrah.
usrah kami biasa diadakan di anjung masjid berhampiran dengan fakulti aku.
jarang sekali dapat datang awal disebabkan leka dengan masa, ouh !
tapi, usaha nak datang awal tu selalu ada ^^

teruskan usaha - kata sahabat 

topik perbincangan hari ini adalah berkisahkan soal sabar.
selepas tadabur beberapa ayat suci al-Quran
kami memulakan perbincangan sejauh mana tahap kesabaran masing2
apabila ditimpa ujian tahap professor/lebih pro lagi !

aku diam tidak berkata-kata

terus mendengar perbahasan/pendapat sahabat2
sesekali perbincangan itu dipantulkan kepada si pendiam ini
aku senyum lagi tidak berkata-kata
terasa begitu berat untuk memberi pendapat !
sedangkan aku masih mampu untuk bersuara Insha Allah

 

Lafaz sabar selalu aku dengar dan kadang2 aku juga melafazkannya
kepada orang yang memerlukan !
tapi, tanpa sedar, sejauh mana kekuatan kita untuk memikul rasa sabar itu
saat dan tika kita diuji dengan ujian yang begitu berat dan sakit !

mengalir airmata menahan kesabaran yang tidak tertanggung lagi
seperti menipu diri sendiri
rasa tak kuat, tiba2 tiada lagi sabar dalam diri
walhal, faham apa itu sabar. !
begitu jauh nya aplikasi kesabaran ini kepada diri sendiri terutamanya

rasa tidak adil untuk terus berkata-kata
sebab
masih  belum tersemat kukuh sifat terpuji itu !

Allah, Hasbunallah wa ni'malwakil... 

tapi
Alhamdulillah
setelah hampir 2 jam kami berbincang
akhirnya, aku bersuara juga dengan rela hati

jawapan kepada persoalan
mungkin, kurangnya kita sujud kepada Allah
banyak lagho boleh jadi juga
kurang amal ibadah sudah pasti !
terlalu sibuk dengan urusan dunia
tidak begitu menjiwai erti syukur
dan
mungkin tidak sepenuhnya bergantung kepada Allah

Allah
Ampunkan dosa2 ku serta sahabat yang aku kasihi keranaMu.
Amin

*Nur Imtiyaz (Khamis 17MEI2012)*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...