sahabat

Wednesday, February 8, 2012

::Dakwah Dalam Kereta::

 

Perbualan Biasa dalam kereta sebelum atau semasa perjalanan


"cepat-cepat..! pakai tali pinggang keledar tu. Polis..polis.."

Secepat kilat tangan mencapai tali pinggang keledar dan kuncinya dikenakan
"Hmm, selamat, kalau tidak kena saman, dua tiga ratus melayang"

Itulah dialog yang sering kita dengar.

Pernah dengar dialog seperti ini?

"Cepat-cepat, pasangkan tali pinggang keledar, kereta dah gerak ni, kalau jadi apa-apa
buruk padahnya"

"yalah, nyawa akan terancam. sayangkan nyawa. bukankah itu perkara yang
dharuriyyat dalam islam?

Jarang-jarang kita dengar seperti ini  bukan?
padahal dialog yang kedua ini lebih islamik berbanding yang pertama (",)

-Situasi seterusnya -

Biasa musim perayaaan, ramai yang akan pulang ke kampung
ada jauh, ada dekat.
biasa yang jauh pasti dan pasti servis kereta sebelum bertolak
pastikan fizikal kereta selamat dan sempurna
nak jalan jauh ni....^^

Tapi, berapa ramai yang persiapkan rohani sebelum berjalan jauh,
seperti siap siaga lengkap dengan doa serta solat sunatnya

Sedikit tazkirah untuk anak2 dan isteri
niatkan perjalanan kita  ini adalah musafir dan bertujuan
untuk ziarah sanak saudara

lebih kurang sedikit taklimat ringkas serta tazkirah sebelum
bermusafir

Indahnya kehidupan sebuah keluarga itu jika berlandaskan
Sunnatullah dan syariat Islam
subhanallah..mudahan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...