sahabat

Wednesday, February 15, 2012

::Indah Berfacebook::


Dengan Nama Allah
cukuplah facebook itu sebagai wadah perkongsian
cerita-cerita yang manfaat /baik untuk minda juga
ruangan memberi peringatan sesama sahabat

Bukanlah medium untuk mencari publisiti kendiri
berkongsi aurat sekalipun menjaja maruah

Zaman ini zaman akhir hampir kepada kemusnahan
tak kira siapa pun kita
tua muda msikin kaya
kanak2 pakcik makcik dan segala bagai
semua nya ada akaun facebook yang percuma ini
mungkin sedikit pembayaran untuk bil elektrik dan broadband

Facebook adalah pilihan masing2
ada yang berkata fb ini perlu untuk update cerita dengan
sahabat lama sejak tadika hingga lah ke anak cucu
ada juga yang menjadikan fb ini seperti diari harian atau 
laporan kehidupan seharian

Ada juga yang menjadikan fb ini tempat meluahkan kata2 cinta
atau tempat luahan isi hati jiwang lagi berkarat
pastinya status nya penuh dengan kubunga-bungaan yang tidak pernah disiram 
oleh sesiapan pun

Alhamdulillah, masih ada yang berfikiran islamiyyah yang menjadikan
nikmat berfacebook ini sebagai satu wadah
dakwah dan peringatan bersama.

Status yang baik dikongsi insha Allah ada ganjarannya
ramai pula yang like tanda setuju dan ilmu itu tersampai 
kepada mata-mata setia pembaca status-status ini
Alhamdulillah, mereka itu sedang membina tugu kebajikan pastinya!

Status yang berunsurkan kritikan/kemakian 
ramai juga yang like. tanda setuju dengan akal tanduk dua itu.
nauzubillah...minzalik

pilihan di hati masing2...
mudahan yang baik itu didahulukan dari yang kurang baik
masih ada waktu untuk berhijrah kerana
matahari masih lagi terbit di timur !
peluang kembali kepada Allah belum tamat tempoh lagi
subhanallah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...