sahabat

Saturday, February 4, 2012

::Ikhlaskan Niatmu::

 

Dengan Nama Allah
Nasihat kelima dalam buku
"Ayyuhal Walad"
-Al Imam Hujjatul Islam-

Wahai anakku tercinta
berapa banyakkah daripada malam2 yang telah engkau penuhkan 
dengan berjaga
untuk mengulangkaji dan mentelaah kitab, dan berapa lama engkau telah
menahan tidur ke atas dirimu

Apakah hanya semata-mata mencari keuntungan dunia
menghimpunkan segala harta bendanya dan 
mencapai kedudukan yang tinggi serta berbangga dengan kebolehanmu di hadapan kawan2

Jikalau ini niatmu, engkau akan rugi serugi2nya

Tetapi, jika niatmu di dalam segala usahamu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad saw
dan memperbaiki akhlakmu serta 
memecahkan keinginan nafsumu yang selalu
menyuruh berbuat kejahatan
maka untunglah engkau seribu untung.

Sungguh benar kata-kata seorang ahli syair

"Berjaga malam kalau bukan kerana zat Mu adalah sia-sia
dan
menangis kalau bukan kerana kehilanganMu adalah tidak berguna"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...