sahabat

Tuesday, April 24, 2012

::Sabar Dan Sibuk::



Bismillah

Cuba untuk terima arahan dengan senyuman
sebagai orang bawahan harus menghormati orang di atas
dan tidak semestinya orang diatas hanya memberi arahan sahaja
sesekali harus memahami kehendak orang di bawah
jalan menuju keharmonian alam dan masyarakat

Pengorbanan masa, biarlah Allah yang menilai
pilihan terbaik adalah mengutamakan kehendak orang lain
tapi
sesekali aku berharap
dengarkan pula suara aku
aku juga manusia seperti kamu

Masing2 ada komitmen masing2
aku tahu zaman sekarang zaman kesibukan
tapi sibuk itu bukan alasan utama untuk tidak melihat sekeliling
ingat
sejauh mana kita pergi
Allah sentiasa perhatikan kita

Ada kala nya sibuk itu penawar
Ada masa nya juga sibuk itu menjadi racun

bilamana Allah kita lupakan
walau sekejap
itulah racun dalam kesibukan !

Fi Amanillah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...